Jumaat, 1 Jun 2018

JANJI 100 HARI HANYA BAYANGAN ALASAN KEKANGAN KEWANGAN

PUTRAJAYA 31 Mei - Kebimbangan rakyat me­ngenai Janji 100 Hari Pakatan Harapan (PH) tidak mampu direalisasikan semakin menjadi kenyataan apabila beberapa inisiatif yang dijanjikan ber­kemungkinan terpaksa dita­ngguhkan berikutan kekangan kewangan.

Meskipun 10 inisiatif berkenaan dijanjikan untuk tempoh 100 hari, namun pihak kerajaan memberi bayangan bahawa kemampuan kewangan negara yang terhimpit kerana hutang setinggi RM1 trilion perlu diberi perhatian.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif dalam Janji 100 Hari mereka sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik.

Kata beliau, antara inisiatif yang akan ditangguhkan ialah pemberian subsidi petrol bersasar bagi kereta di bawah 1300 cc dan motor di bawah 125 cc.

Selain itu, beliau berkata, penangguhan berkenaan melibatkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah, peningkatan gaji minimum, pe­nangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk graduan berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan dan pelaksanaan Skim Peduli Sihat.

“Walaupun kerajaan ingin me­laksanakan semua janji 100 hari itu, namun kerajaan juga mempunyai tanggungjawab fiskal dan tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan dahulu dengan menyebabkan masalah kewangan yang tentunya akan membawa negara ke arah muflis jika tidak dibendung.

Bersambung: KLIK DISINI 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...