Sabtu, 20 Januari 2018

IBLIS MULA MERASOK JIWA MAHATHIR SANGGUP MENGHINA PENJUAL NASI LEMAK !!!

Tidak habis habis hendak menghina orang. Itulah sahaja bahan yang ada pada pembangkang sekarang. Mahfuz hina Sultan Pahang. Mukhriz hina ibadah umrah Datuk Seri Najib. Mahathir hina orang Bugis, hina orang dapat BR1M, hina orang pergi haji 1MDB dan terbaru hina pula orang jual nasil lemak dan pandu Grab.
Kenapa hendak buat semua penghinaan sebegini? DAP yang penuh dengan skandal dan penyelewengan di Pulau Pinang tidak pula dihina oleh Mahathir. DAP yang sebabkan 11 orang mati kerana tanah runtuh, banjir sampai lebih seratus kali, gadai tanah berbillion billion dan seleweng RM305 duit kajian terowong, sudah jadi suci di mata Mahathir.
Mahathir kini sedang jadi “screw” DAP untuk dapatkan undi Melayu. Terpaksa pula HINA ORANG JUAL NASI LEMAK DAN PANDU GRAB. Boleh dapat undikah dengan hina orang jual nasi lemak dan bawa Grab?

Mahathir berkata kewujudan lepasan universiti yang terpaksa menjual nasi lemak, menjadi pemandu Uber dan seumpamanya adalah petanda kegagalan kerajaan di negara ini.
“Bukannya kita nak latih mereka nak jadi pemandu Uber dan penjual nasi lemak,” Mahathir berkata demikian dalam program Policy Talk dan disiarkan secara langsung melalui Facebooknya semalam.
Mahathir kata kewujudan orang jual nasi lemak dan pandu Grab ini gambarkan keadaan sebuah negara yang memalukan kerana ada graduan terpaksa berniaga sebegitu rupa.
Cuba lihat fakta ini, apakah kerjaya pemandu Grab itu gambarkan keadaan sesebuah negara itu teruk seperti yang didakwa Mahathir?
Grab dilancarkan pada 2011, kini sudah 11 juta orang menggunakan Grab di 6 negara di Asia Tenggara. Pemandu Grab ada 2 juta orang. Sejumlah 5.1 juta orang menempah Grab secara purata sebulan. 142 bandar di Asia Tenggara gunakan Grab. Di Indonesia sahaja, 50 bandar gunakan Grab. Kini nilai perniagaan Grab adalah USD$6 bilion. Ini satu perniagaan yang merugikan kata Mahathir?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...