Translate

09/09/2017

MAHATHIR BUKAN NAK MEMBINA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TETAPI HENDAK MENGHANCUR DAN MEROBOHKANNYA

OTHMAN WOK: Adalah Pengkhianat)

Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura.

Di awal kerjaya nya Othman Wok adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu, kemudian dia menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu Singapura.

Othman Wok menyertai PAP sebaik sahaja penubuhannya pada tahun 1954.

Beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu (macam ape yang PKR perjuangkan sekarang ini).


Ketika itu dia banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan "NEGARA MULTI-PERKAUMAN" dan hak samarata dan dasar anti raja-raja melayu di dalam akhbar Petir sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP, lebih kurang sama macam "suara keadilan" jugak la.

Selepas itu dia dipilih menjadi salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama Othman Wok dilantik menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.

Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang melayu dan setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistemewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku dan sebenarnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang melayu di singapura.

Berita terpisahnya singapura dari malaysia. Lee kuan yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya singapura dari malaysia.

Padahal itu semua skrip yang dikarang oleh othman wok hanya semata-mata untuk orang melayu berasa simpati dengan kuan yew dan membenci Tunku.

Sehingga sekarang ini dia masih di anggap sebagai pengkhianat melayu oleh kebanyakan orang melayu singapura, kerana hasutan dia lah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura.

Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap melayu dan PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampung-kampung melayu menghasut orang melayu supaya membenci UMNO dan Tunku.

Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu bengang dengan kekalahan itu dia menuduh yang UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia, apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita tu maka seluruh penduduk di situ berkumpul di hadapan pejabat dia di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabat dia dan memaki hamun dia sebagai pengkhianat bangsa melayu.

Othman wok sekali lagi bertanding di parlimen pasir panjang dan kali ini dia menang atas bantuan dan sokongan dana dari kuan yew.

Selepas singapura berpisah dari malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh kuan yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana kuan yew telah melantik seorang cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan cina ini di letakkan di bawah jabatan perdana menteri.

Menurut satu sumber yg penulis tidak dapat pastikan kesahihannya Othman Wok turut menyokong cadangan kerajaan Lim Kuan Yew agar mayat orang islam dikebumikan secara berdiri bagi tujuan menjimatkan tanah. Namun usul tersebut terpaksa dibatalkan apabila seluruh orang melayu singapura membantahnya dengan keras.

selepas 14 tahun dia menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet kuan yew. Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di singapura.

Sesungguhnya manusia yang bernama othman wok ni adalah seorang pengkhianat bangsa melayu yang terhebat dalam sejarah melayu moden, cara jalan cerita othman wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita.

Orang melayu di Malaysia jangan biarkan bumi ini menjadi seperti orang melayu di singapura, ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Kekuasaan orang pegang.

Ingatlah petualang melayu seperti Othman wok kini sudah membiak terlalu cepat dan terlalu ramai di dalam negara.

Mereka menjadi
"BARUA KEPADA PARTI CHAUVINIS" paling rasis di malaysia. Menerima elaun besar setiap bulan. Memberi makan anak isteri dengan wang haram....

Hari ini di Malaysia, didalam kumpulan pembangkang terutama PKR dan DAP telah lahir RAMAI ORANG MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK yang cuba menghapus keistimewaan dan hak orang-orang Melayu dan Raja-Raja Melayu dengan menyarung t-shirt Kuning BERSIH bersama-sama Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng (Sepupu Lee Kuan Yew dan Chin Peng) dari DAP kononnya sistem pilihanraya yang diamalkan di Malaysia tidak bersih.

Saya memohon seluruh orang Melayu termasuk A Samad Said agar tinggalkanlah sahaja perjuangan seperti yang dilakukan oleh Othman Wok durjana

Mahathir saya lihat punya hasrat yang sama seperti Othman Wok. Dia bukan nak membina agama, bangsa dan negara tetapi hendak menghancur dan meroboh.. Modal basi Mahathir: Melayu Malas dan Mudah Lupa!?

Demi kepuasan kuasa maksimum.. dan untuk Boboy Mukhriz... Legasi yg mahu dikekalkan untuk meruntuhkan UMNO dan perjuangan Melayu.. teras bangsa Malaysia. Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz adalah pengkhianat!

Saudaranya diselatan sentiasa menghulurkan bantuan dan abg angkatnya adalah bangsa paling zalim didunia membunuh ribuan rakyat Palastine... Baru baru ini menghulur dana berbillion untuk memenangkan pilihanraya..


Sekali kekuasaan Melayu dinegara ini terlepas percayalah kuasa melayu dinegara ini akan hilang buat selamanya jangan memandang lekeh usaha mereka ...
Insaflah Melayu...

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...