Jumaat, 15 Julai 2016

PENDAPAT TUAN IBRAHIM MENGATASI TUAN GURU HAJI AB HADI

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan rasmi hari ini menggesa seluruh kepemimpinan, ahli dan penyokong PAS supaya kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti cauvanis DAP.

Beliau yang merupakan pemimpin tertinggi PAS tetapi pro-Pakatan Harapan `dalam diam ‘ menegaskan PAS dan Pakatan Harapan perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi bersama-sama menyerang parti Melayu UMNO.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS melupakan segala perbuatan dan cacian hina yang pernah dilemparkan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) ke atas parti Islam itu demi memperoleh kuasa.
Beliau turut memujuk seluruh pemimpin, ahli dan penyokong PAS supaya menghormati sebarang perbezaan DAP dengan PAS dalam isu akidah Islam sebagai langkah berkompromi.

“Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa PAS adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi PAS memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada,” katanya dalam kenyataan itu.

Tuan Ibrahim dalam kenyataan sama turut merayu supaya DAP, PKR dan PAN menerima semula PAS dengan menyatakan komitmen seluruh pemimpin, ahli dan penyokong PAS untuk berjiwa besar dalam kembali menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Sumber: BERSAMBUNG DAN KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...