Khamis, 14 Julai 2016

Muhyiddin Sesuai Jadi Burung Kakak Tua, Bukan Manusia

Ketika mula berpakat dengan Mahathir untuk menyerang Datuk Sri Najib Tun Razak termasuk mendesak beliau untuk berundur, sehinggalah dipecat, isu surat Bank Negara kepada PAC berhubung 1MDB ini, tidak pernah ditimbulkan Muhyiddin.

Lagipun apa isunya Muhyiddin lawan Najib mula-mula dulu? Konon ada penyelewengan dilakukan Perdana Menteri dalam isu 1MDB, apa surat dari Bank Negara itu tidak timbul.

Sekarang PAC (bi-partisan) sendiri sudah mendapati Najib tidak bersalah mahupun terlibat dengan sebarang salah laku dalam 1MDB, itu yang pentingnya. Soal surat dan sebagainya ni, apa kena mengena pulak?

Macam main bola lah, yang penting berapa score goal, bukan sama ada budak kutip bola menjalankan tugasnya dengan betul atau tidak!!

Kalau surat itu begitu penting sehingga boleh menjejaskan keputusan PAC, sudah tentu ahli parlimen pembangkang dalam jawatankuasa itu sudah berbunyi. Mereka sendiri pun tak kata apa-apa tapi Muhyiddin pulak yang lebih sudu dari kuah.

Sebab itu penulis katakan Muhyiddin ini layak dia jadi burung kakak tua saja. Sudahlah cakap berulang-ulang benda sama, dah dijelaskan banyak kali pun masih buat-buat tak faham juga.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...