Isnin, 16 Mei 2016

#HEBAT & PANAS: KEJOHANAN BOXING SEDUNIA DI MALAYSIA JANGAN LEPAS PELUANG !!!!

Nazri perlu berdepan dengan saya

NILAI - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan tidak akan berdiam diri apabila Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bertumbuk.

Katanya, selaku anak kepada bekas Perdana Menteri keempat itu, beliau  bersedia bersemuka dengan pemimpin berkenaan.

"Saya sebagai anak jantan Tun M akan berdepan dengan beliau. Kalau beliau berani hendak bertumbuk, mari jumpa dengan kita dulu. Ingat senang-senang.


"Agaknya (Mohamed Nazri) sudah hilang akal dan pertimbangan. (Hanya) orang tidak waras boleh keluarkan kenyataan sebegitu," katanya.

Pada masa sama, Mukhriz turut melahirkan rasa kecewa berikutan kata-kata sedemikian diucapkan oleh individu berpangkat menteri.

"Inilah menteri-menteri kita. Saya ingat bawah khemah ini lebih ramai lagi layak jadi menteri kalau Mohamed Nazri cakap macam itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Misi Selamatkan Malaysia yang turut dihadiri Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung LBJ, di sini, malam tadi.

Media melaporkan sebelum ini, Mohamed Nazri berkata, beliau bila-bila masa bersedia untuk bertumbuk dengan Mahathir jika itu yang dipilih pemimpin terbabit.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...