Ahad, 17 April 2016

KERANA PERJUANGAN ATAU KEANGKUHAN???

Apa lagi yang Tun M kejarkan... janganlah Tun M padamkan terus secebis rasa hormat yang mungkin masih bersisa di hati sanubari rakyat... secebis inilah yang akan jadi modal untuk tatapan kenangan generasi akan datang...

Tak kisahlah jika perkataan maaf itu satu yang mustahil terpacul dari mulut Tun M, jauh lebih penting, Tun M mesti hentikan segera segala gerak kerja songsang yang sedang Tun rencanakan... segalanya sudah pun terserlah, yang tersirat sudah tersurat... tempoh untuk Tun M undurkan Najib sudah pun tamat... Tun M sudah pun dianggap GAGAL...

Makin jauh Tun M cuba untuk mencuri waktu hanya akan melebarkan lagi lembaran keaiban Tun M... pastinya, bukan ini yang rakyat mahukan... Tun M sepatutnya sudah akur, bukan hanya ahli UMNO BN sahaja yang menolaknya, malah mereka yang hari ini Tun anggap sebagai sekutu di dalam PKR pun sebenarnya sebahagian besar menolak kepuraan Tun M...

Tun dambakan sokongan mereka, dalam masa sama tidak mengikhtiraf 'DEWA' mereka sebarang calon PM yang paling sesuai jika Dekarasi Tun berjaya... persoalannya, siapakah pilihan Tun sebagai pengganti Najib? Berbaloikah segala yang Tun lakukan hingga hari ini, hanya untuk mengangkat TS Muhyiddin atau Shafie Apdal sebagai PM?

Jawapannya tentulah tidak, kerana apa yang tersirat, mahu melihat anakanda kesayangan, Mukhriz diangkat sebagai Perdana Menteri, sudah pun sangat tersurat di mata rakyat... adakah Lim Kit Siang dan DAP dengan begitu mudah dan penuh bermurah hati akan hanya akur dengan susunan Tun M? Atau, sudah ada galang ganti sebagai pertukaran jika DAP berjaya membantu Tun M menjadikan Mukhriz sebagai PM... Pulau Pinang? DAP sudah pun memiliki P. Pinang, tak setimpal... Melaka? Sarawak?

Jangan ingat rakyat bodoh dgn mainan politik Tun...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...