Khamis, 18 Februari 2016

Direkrut DAP: Muhyiddin Dicabar Saman Kit Siang

Muhyiddin bukanlah orang yang percaya dengan penafian mulut. Pada dia, nafi guna air liur ini murah, takde nilai, kena ada siasatan, kena ada dokumen dan sebagainya, baru boleh diguna.

Itulah kesnya dalam soal 1MDB dan itu jugalah kes dalam dana politik RM 2.08 billion (pulang balik RM 2.03 billion). Muhyiddin sampai ambik risiko dipecat dari jawatannya atas prinsip itu.

Tapi sekarang, bila Kit Siang mendakwa merekrut Muhyiddin untuk merampas Johor dari BN dalam PRU14, Muhyiddin boleh pulak nafi pakai air liur?


Siapa nak percaya. Penafian Muhyiddin tidak ada makna sebab Muhyiddin sebagai penentang Najib bukan benda baru, semua orang tahu dah. Cuma dia tak kerjasama dengan pembangkang saja lagi, kias-kiasnya tu nampak dah.

Tapi dengan kenyataan Kit Siang ini, kias-kias mungkin dah jadi kenyataan, betulkah? Kita tidak tahu sebab dalam politik, apa pun boleh jadi.

Justeru, Muhyiddin perlu ambil tindakan undang-undang ke atas Kit Siang kalau nak penafiannya itu diterima orang, lebih-lebih lagi orang UMNO. Orang UMNO sensitif dengan DAP ni sebab parti itu dilihat ramai sebagai parti perkauman tegar.

Cina buka gerai tengah jalan kau biarkan, Melayu buat benda sama, kau arah PBT datang tutup, macam mana orang tak berkata.

Apa pun, Muhyiddin perlu saman Kit Siang untuk buktikan memang benar dia tidak direkrut DAP seperti yang dikatakannya.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...