Translate

27/11/2015

SAH MUHYIDDIN DAN MAHATHIR DI SINGKIR DARIPADA UMNO !!!

IPOH, Khamis – Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Mohd Kassim berkata, Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dikenakan tindakan disiplin selepas beberapa kali melakukan perkara yang melanggar etika parti.

Menurutnya, cadangan untuk mengeluarkan Timbalan Presiden dan bekas Presiden Umno itu daripada keahliannya telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi UMNO empat bulan lalu oleh jawatankuasa bahagian itu.


Berikutan pemecatan bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Osman daripada parti, UMNO Bahagian Gopeng turut merasakan bahawa tindakan yang sama perlu diambil terhadap dua ahli UMNO ini.

“Jawatankuasa bahagian dalam mesyuarat lalu sebulat suara bersetuju tindakan harus dikenakan kepada Hamidah atas pelanggaran disiplin yang dilakukannya.

“Tetapi kita rasa perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada Muhyiddin dan Tun Mahathir kerana mereka turut dilihat secara jelas melanggar kaedah dan peraturan parti,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian hari ini.

Beliau menegaskan bahawa ahli UMNO dibenarkan membuat kritikan terhadap parti tetapi perlu menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan ketidakpuasan hati.

“Ramai yang kritik dan kita terima kritikan serta pandangan mereka yang berbeza daripada kepimpinan parti namun ada batasan serta peraturan yang perlu dituruti.

“Apa hak yang mereka ada mengkritik secara terbuka malah meminta Najib meletak jawatan sedangkan beliau dipilih oleh ahli-ahli UMNO dan rakyat untuk memimpin negara kita. Perbuatan seperti ini tidak boleh diterima dan perlu dikenakan tindakan disiplin agar parti tidak dilihat lemah, ” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...