Translate

09/09/2015

MEMANG SIAL SI TONY PUAKA NI, TAK MENGAKU LAGI

KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP, Tony Puaka akhirnya mengakui beliau adalah kenalan kepada editor portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown yang didakwa melakukan komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laporan palsu mengenai 1MDB.
Tony turut mengakui mengenali serta berkongsi maklumat dengan Clare sejak tahun 2012 mengenai Malaysia termasuk berkongsi nombor telefon ahli-ahli politik pembangkang di Malaysia serta Datuk Tong Kooi Onn dari Kumpulan Media The Edge.

Beliau bagaimanapun memberi alasan perkongsian maklumat dengan Clare itu kononnya atas hubungan media dan ahli politik manakala tuduhan yang beliau lemparkan ke atas kerajaan Malaysia berdasarkan laporan Clare adalah atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen.
“Sebagai Ahli Parlimen, adalah menjadi tanggungjawab untuk meminta akauantabiliti daripada kerajaan berdasarkan laporan diterima,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Clare didakwa mempunyai hubungan akrab dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen DAP, Tony Pua serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Selain itu, Clare juga dilihat bersubahat dengan berkomplot bersama beberapa pihak menentang Malaysia dan berhasrat ‘mengubah masa depan sebuah negara’ dengan menjatuhkan Najib melalui laporan palsu berkenaan 1MDB. – MYNEWSHUB.CC

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...