Ahad, 7 Jun 2015

LAWAK MAT SABU : Kita lutut dia, siku dia, bila dia jatuh kita karate dia dan kita baca tahlil untuk DAP


LAWAK ORANG KECEWA !!!

KUALA SELANGOR, 6 Jun: Selari dengan keputusan yang diambil oleh PAS Pusat, Pengerusi Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan bahawa DAP hanyalah satu ‘parti kecil’.

Malah menurutnya, PAS kini sudah boleh membacakan doa arwah buat parti itu setelah Majlis Syura Ulama dan juga PAS Pusat memutuskan hubungan dengan DAP melalui usul yang dibawa oleh Dewan Ulama PAS Pusat sebelum ini.

“Jemaah kita semakin kuat. Lawan kita UMNO-BN, DAP tu jangan bimbang, dia kecil sahaja. Kita lutut dia, siku dia, bila dia jatuh kita karate dia dan kita baca tahlil untuk dia.

“Kalau tahun-tahun lepas kita baca doa laknat, tahun ini kita baca doa arwah sebab parti itu tidak berguna kepada kita, kita ada lutut, ada siku dan kita ada karate,” katanya seolah-olah menyindir ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini.


Kata-kata itu diungkapkan beliau di atas pentas Muktamar dan disambut dengan laungan takbir dari perwakilan-perwakilan.

Awal pagi ini, PAS telah meluluskan usul untuk memutuskan hubungan kerjasama politik bersama DAP tanpa dibahaskan.
Usul itu diterima ekoran tindakan melampau DAP yang kerap kali mengkiritik dan menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan parti itu sendiri berikutan isu hudud.

Mohamad yang selama ini dikategorikan berada di golongan profesional kelihatan redha dengan keputusan yang diambil oleh parti itu.

Jelasnya, walaupun kini beliau bukan lagi Timbalan Presiden parti itu, namun hubungannya bersama Hadi masih kekal akrab dan mesra walaupun digambarkan sebagai sebaliknya.
Dalam masa yang sama, beliau berlapang dada untuk disiasat oleh Jawatankuasa Khas Bebas atas tuduhan mengetuai konspirasi menggulingkan Presiden PAS.

“Saya dikatakan ketua Jebon, saya minta siasat ke akar umbi walau di mana saya berada. Aku akan datang untuk hadapi Jawatankuasa yang bebas untuk menyiasat.

“Fitnah pedih, tapi kita lalui dengan sabar. Perbezaan pandangan dianggap nak menggulingkan presiden.

“Saya ajak beliau memancing. Hubungan kami tetap mesra, tapi gambaran di bawah kalau ada berbeza sedikit pandangan mengenai sesuatu perkara (itu dipandang lain),” tambahnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...