Ahad, 8 Mac 2015

DAPig MENGAKUI BAHAWA PAKATAN BELUM LAYAK MEMERINTAH MALAYSIA

DAPig TAKUT DENGAN PAS ???

SHAH ALAM, 7 Mac: Jika PAS dan DAP terus “berperang” secara terbuka dan tidak dapat menyelesaikan masalah dengan bermesyuarat secara bersemuka di meja rundingan, bermakna selagi itulah Pakatan Rakyat (PR) belum bersedia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan.

Ketua Wanita DAP Selangor, Hannah Yeoh yang mengakui hakikat itu menegaskan kepimpinan kedua-dua parti DAP dan PAS perlu bersemuka menyelesaikan isu berbangkit dan bukannya bergaduh secara terbuka melalui media.


Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menegaskan, kegagalan kedua-dua pihak menyelesaikan isu secara rundingan membuktikan PR masih belum bersedia untuk mentadbir di Putrajaya.

“Kita tidak boleh bergaduh dalam akhbar, kita kena bermesyuarat.

“Jadi saya memang kecewa bila pimpinan Pakatan Rakyat tidak boleh bermesyuarat.

“Selagi kita tidak boleh duduk bermesyuarat, selagi itu saya boleh kata, walaupun ramai yang akan marah saya, tapi saya akan terus kata, kalau kita tidak boleh bermesyuarat, kita masih belum bersedia menjadi Kerajaan Persekutuan,” tegasnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...