Sabtu, 7 September 2013

POLIS OPS CANTAS - PEROMPAK OPS KEBAS ????

Gambar hiasan

Perompak larikan mesin ATM berisi RM160,000

JOHOR BAHRU 6 Sept. - Sekumpulan lima lelaki bertopeng melarikan mesin juruwang automatik (ATM) yang dipercayai berisi RM160,000 di sebuah stesen minyak di Kempas di sini pada 4 pagi tadi.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Azizan Anan berkata, para penjenayah menggunakan trak penunda bagi menarik mesin tersebut.

"Suspek didapati memecahkan cermin pintu hadapan premis stesen minyak itu sebelum menyambung kabel pada mesin itu dan menariknya dengan alat penarik kabel yang terdapat pada trak penunda tersebut.

"Mesin ATM itu kemudiannya dimuatkan di atas kenderaan pacuan empat roda sebelum dibawa lari," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu seorang lelaki yang tidak menyangka kejadian itu dan singgah untuk membeli rokok telah disamun oleh kumpulan terbabit. - BERNAMA


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...