Translate

14/09/2013

PLAIN CLOTHES POLICE PATROL

Inisiatif NBOS 8: Rondaan Polis Berpakaian Preman di kawasan hot spots jenayah untuk menghindar bakal penjenayah daripada melakukan jenayah

Unit PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan) telah melaporkan BAHAWA “Jenayah terus menjadi kebimbangan rakyat Malaysia”. Kajian mendapati jenayah tidak berlaku secara sama rata di semua kawasan tetapi berkelompok dalam kawasan kecil yang dinamakan hot spots jenayah, di mana kekerapan kejadian jenayah adalah lebih daripada biasa.

Justeru itu, Rondaan Polis Berpakaian Preman di kawasan hot spots jenayah atau Plain Clothes Police Patrol in Crime Hot Spots merupakan satu strategi intervensiter focus di bawah inisiatif NBOS (National Blue Ocean Strategy) untuk menghindar bakal penjenayah daripada melakukan jenayah. 

Strategi kepolisan hot spots jenayah ini dijalankan atas dasar bahawa jenayah boleh dikurangkan dengan menumpukan sumber-sumber yang terhad di kawasan yang berkeperluan tinggi (hot spots), menghindar sebelum berlakunya jenayah serta mencari sebab-sebab sesuatu kejadian jenayah yang kerap. Jika jenayah di kawasan hot spots ini boleh dicegah, jumlah keseluruhan jenayah akan dapat dikurangkan.

Di bawah inisiatif ini, polis berpreman adalah terdiri daripada anggota polis tugas am dan tugas sokongan (bukan detektif) yang berpakaian awam yang ditugaskan mengikut sasaran di kawasan hot spots jenayah. Rondaan polis berpakaian preman mempunyai kelebihan kerana tidak mudah terdedah kepada pelbagaian tuntutan tugas seperti mana yang dihadapi oleh pegawai polis beruniform, sekali gus mengelakkan gangguan dalam melaksanakan tugas khusus mereka. 

Selain menghindari bakal penjenayah daripada melakukan jenayah, inisiatif ini juga boleh mewujudkan persekitaran yang selamat, menggalakkan semangat kemasyarakatan yang lebih erat serta hubungan yang lebih kukuh antara orang awam dan polis.

Inisiatif ini telah dimulakan di tiga buah daerah polis iaitu Brickfields, Dang Wangi dan Cheras dan akan diperluaskan ke daerah-daerah lain. Lokasi penugasan akan bersandarkan kepada hasil analisis jenayah di kawasan berkenaan dan berkemungkinan besar di kawasan kompleks membeli-belah, pasar malam, taman-taman permainan, kedai-kedai, hotel-hotel serta sekolah-sekolah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...