Translate

08/09/2013

Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan akan menurunkan harga patrol dan disel ??

Gambar hiasan
Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak patrol dan disel dalam tempoh jangka masa terdekat ????

Himpunan haram: Polis Kelantan tahan 4 lelaki

KOTA BHARU 8 Sept. - Polis menahan empat lelaki kerana terbabit mengadakan perhimpunan haram bagi membantah kenaikan harga petrol dan diesel yang diadakan berhampiran sebuah pasar raya di sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, keempat-empat lelaki itu berumur antara 22 hingga 36 tahun ditahan di tempat kejadian kira-kira 3.20 petang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Keempat-empat mereka akan dibebaskan atas jaminan polis setelah keterangan diambil," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, polis turut merampas risalah berkaitan perhimpunan itu.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 20 orang telah berhimpun pada masa itu namun keempat-empat mereka enggan bersurai dan meneruskan perhimpunan sebelum polis menahan mereka.

Sementara itu, dua lelaki maut dan seorang parah selepas kenderaan mereka terbabas dalam kemalangan di Jalan Salor Baharu-Pasir Mas pada pukul 2 pagi ini.

Mereka yang maut adalah pemandu kenderaan jenis Honda Civic iaitu Mohd Asrul Afian Samsudin, 24, dan penumpang belakang Muhammad Atras Ramli, 29.
Muhammad Atras maut di tempat kejadian manakala Mohd Asrul Afian meninggal dunia di Hospital Pasir Mas manakala yang parah Azizul Abdullah, 29, kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Dua lagi rakan mereka yang berumur berumur 29 dan 21 tahun bagaimanapun hanya cedera ringan.

Jalaluddin berkata, kesemua mereka berasal dari Jertih, Terengganu dan dipercayai kenderaan ketika itu dipandu laju sehingga terbabas. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...