Translate

03/08/2013

PISTOL, DADAH, PISTOL, DADAH ?????

HAIRAN, BAGAIMANA DADAH JENIS SYABU TERLALU BANYAK DISELUDUP MASUK KE MALAYSIA ????


ADAKAH MELALUI JALAN LAUT, ATAU JALAN DARAT ???? KALAU JALAN LAUT BAGAIMANA DAN KALAU JALAN DARAT MACAM MANA ???

FIKIR-FIKIRKAN LAH.....

KUALA LUMPUR: Dua lelaki, seorang daripadanya warga Nigeria yang sedang leka memunggah dadah dari sebuah kereta ke sebuah kereta lain di sini, ditahan polis malam tadi.

Bersama tangkapan itu, polis merampas syabu seberat 43.71 kg dianggarkan bernilai RM8.74 juta, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim. 

"Pemeriksaan di dalam but kereta menemui satu kotak yang ditampal dengan pita pelekat dan di dalamnya mengandungi 17 bungkusan kertas timah berisi syabu. 

"Dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun, peniaga dan seorang lelaki warga Nigeria berusia 25 tahun yang berselindung di sebalik status pelajar di sebuah pusat bahasa di Kuala Lumpur, ditahan," katanya pada sidang media di sini hari ini. KLIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...