Khamis, 15 Ogos 2013

KARPAL NAK LETAK JAWATAN ????

BIAR SAMPAI MAMPOS PUN BELIAU TIDAK AKAN LETAK JAWATAN..... WALAUPUN DESAKAN DEMI DESAKAN.

SEPATUTNYA DAH TAK BOLEH JALAN, LEPASKAN LAH JAWATAN SEBAGAI YB... INI TIDAK.... SELAGI ADA NYAWA, TETAP DIPERTAHANKAN. WALAUPUN APA KRITIKAN DILEMPARKAN KEATASNYA.

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak Pengerusi DAP, Karpal Singh meletak semua jawatan politik jika gagal mengisytiharkan harta dan akaun bank miliknya di dalam mahu pun di luar negara.

Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, Karpal tidak perlu berdolak-dalik dengan mengatakan hanya akan berbuat demikian jika diarahkan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Katanya, dengan memberi alasan sedemikian, sikap hipokrit Karpal yang sebelum ini lantang bercakap soal ketelusan dan integriti amat terserlah kerana enggan mengambil tindakan serupa apabila terkena batang hidung sendiri.

Selain itu, Ruslan juga mendesak Karpal menjelaskan identiti individu bernama C.K. Yuen dan Idris yang disebut dalam surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang dihantar pihak tidak dikenali di Permatang Pauh.

"Adakah mereka berdua ada memainkan peranan penting seperti dimaksudkan kira-kira 6,000 pucuk surat misteri yang diterima bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail baru-baru ini.

"Kita tidak buat apa-apa dakwaan atau tuduhan liar tetapi hanya sekadar meminta penjelasan daripada semua yang berkenaan sebab isu ini mempunyai kaitan amat rapat dengan kepentingan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Kerusi Undang-Undang Jenayah, Jawatankuasa Peguam Negeri Pulau Pinang, Ranjit Singh Dhillon mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal mengisytiharkan harta masing-masing.

Desakan itu kemudian disokong pelbagai pihak termasuk Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang menyifatkan langkah berkenaan penting bagi membersihkan nama mereka daripada dikaitkan dengan 'urus niaga' sulit seperti didedahkan 6,000 surat misteri tersebut.

Dalam isu berasingan, Ruslan sekali lagi mengulangi desakan agar Karpal menjelaskan mengapa beliau membuat pusingan U mengenai kegiatan liwat Anwar sedangkan pada 1997 begitu tegas mendakwa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam perlakuan itu.

"Pada 1997 beliau dakwa Anwar kaki liwat, tetapi pada 2008 beliau bela Anwar dalam kes liwat. Ini adalah suatu perkara yang sangat ajaib. Kita mahu tahu apa punca yang mendorong beliau buat pusingan U," katanya - Utusan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...