Khamis, 22 Ogos 2013

HISHAMUDDIN AKAN CARI SAMPAI KE LUBANG CACING ???

Datuk Seri Hishammuddin
TERPERANJAT JUGA INGATKAN HISHAMUDDIN NAK CARI PENJENAYAH GENG 04 SAMPAI KE LOBANG CACING, RUPA-RUPANYA PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB PUNCA NAHAS BAS YANG MENGORBANKAN 37 NYAWA.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan mencari punca nahas bas di Genting Highlands, yang mengorbankan 37 nyawa, dan pihak bertanggungjawab sehingga ke lubang cacing.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata siasatan akan dilakukan secara teliti dan rapi.

"Kita akan cari sampai ke lubang cacing punca terjadi tragedi yang cukup menyayat hati ini," katanya ketika diminta mengulas nahas itu ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan di sini hari ini.

Menteri Pertahanan itu juga meminta agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, khususnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menggariskan cara bagi mencari punca nahas berkenaan.

Hishammuddin turut meminta semua pihak agar tidak menuding jari kepada sesiapa dan menunggu laporan awal lengkap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...