Translate

02/08/2013

BERAPA BANYAK DAH..PISTOL HARAM DI MALAYSIA ?????????

Polis tahan 3 lelaki bersama dadah, pistol dalam hotel,  KLIKKLIK, KLIK dan banyak lagi...

ALOR SETAR 1 Ogos - Polis Kedah menahan tiga lelaki dan merampas sepucuk pistol automatik serta 10 peluru dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Kampung Perak di sini semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan anggotanya dari bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam menemui pistol jenis Luger 9mm buatan Republik Czech dalam bilik hotel tersebut.

Beliau berkata, selain pistol dan peluru, anggotanya turut merampas wang tunai RM500, tiga paket dadah jenis syabu seberat 5.1gram, alat timbangan dan tiga telefon bimbit.

Katanya, ketiga-tiga suspek yang ditahan berusia antara 37 hingga 39 tahun berasal dari Alor Setar dan Selangor, dan dua daripada suspek mempunyai 18 dan 13 rekod jenayah lampau.

"Seorang dari suspek yang bekerja sebagai bouncer di sebuah kelab malam tidak mempunyai rekod jenayah. Dua lagi ada pelbagai rekod jenayah dadah, senjata api, pecah rumah dan samun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini hari ini.

Ahmad berkata, ketiga-tiga suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Mereka juga turut dikenakan tindakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata api dan peluru.

Beliau berkata, sejak Januari hingga Julai tahun ini Polis Kedah telah merampas tujuh senjata api. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...