Translate

31/07/2013

TAHNIAH SPRM: Tiga bekas pegawai GLC ditahan

PUTRAJAYA 29 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan tiga bekas pegawai tertinggi subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu siasatan berkenaan salah guna kuasa, yang dipercayai membawa kepada kerugian berjuta-juta ringgit projek industri makanan.

Dua daripada mereka yang berusia lingkungan 50-an ditahan di ibu negara petang ini manakala yang ketiga, juga berusia lingkungan 50-an, di Johor Bahru, Johor malam ini.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan ketiga-tiga mereka yang pernah memegang jawatan pengarah dan Ketua Pegawai Operasi (COO) serta Ketua Pegawai Eksekutif.

"Penahanan kesemua lelaki itu adalah bagi membantu dalam siasatan kes projek subsidiari. Mereka dilepaskan dengan diikat jamin selepas diambil keterangan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ketiga-tiga mereka diikat jamin RM500,000 setiap seorang.

Mustafar yakin penahanan mereka akan melengkapkan siasatan yang dijalankan. BERSAMBUNG


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...