Isnin, 15 Julai 2013

SIAPA YANG PERLU DIPERSALAHKAN, PENCURI ATAU PENTERNAK LEMBU ??????

JERANTUT - Empat lelaki yang cuba mencuri lembu terpaksa berputih mata apabila perbuatan mereka disedari oleh penternak haiwan itu yang kemudian mengejar suspek-suspek berkenaan dalam kejadian di Kampung Pedah di sini kelmarin.
Penternak lembu, Mohd. Hariri Muhammad, 47, berkata, dia mengetahui mengenai cubaan mencuri lembu ternakannya selepas menerima panggilan daripada seorang rakan pada pukul 1.50 petang yang melihat seekor haiwan ternakannya terbaring bersebelahan sebuah kereta jenis Proton Iswara.
"Kawan saya yang curiga nampak seekor lembu terbaring di tepi jalan berdekatan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback warna kelabu tidak jauh dari kawasan ternakan saya. Dia terus menghubungi saya.
"Kereta tersebut tiba-tiba beredar manakala saya pula bergegas ke tempat kejadian menunggang motosikal sebelum terserempak dengan kereta dinaiki suspek di simpang utama di kampung ini," kata Mohd, Hariri ketika ditemui di sini semalam.
Menurut usahawan pertanian itu, dia kemudian mengejar kereta itu dan selepas kira-kira 500 meter ketika menghampiri simpang ke Kampung Paya Gunung, kereta tersebut terbabas masuk ke dalam longkang di tepi jalan sebelum empat lelaki dilihat melarikan diri ke arah ladang kelapa sawit dan terus hilang.
Mohd. Hariri memberitahu, dia kemudian menghubungi polis bagi meminta bantuan tetapi sehingga sekarang belum ada tangkapan berhubung kejadian tersebut.
Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat satu kesan sumpitan pada badan lembu yang gagal dicuri manakala dalam kereta itu dijumpai peralatan menyumpit, pisau dan tali. 
Sumber: Kosmo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...