Rabu, 24 Julai 2013

PERTUBUHAN SYIAH MALAYSIA PATUT DIHARAMKAN ???

SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai salah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966 yang berkuat kuasa hari ini.


Setiausaha KDN, Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan keingkaran mereka yang masih bergiat aktif, walaupun pertubuhan itu tidak didaftarkan secara sah.

“Mereka pernah memohon mendaftarkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan dengan jabatan pendaftaran pertubuhan Malaysia Negeri Melaka pada 18 jun 2011.

“Namun, permohonan mereka telah di tolak oleh Jabatan pada 4 Ogos 2011 dan Menteri Dalam Negeri pada 31 Oktober 2011,” katanya dipetik dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas persatuan terbabit yang bergerak aktif sehingga memudaratkan ketenteraman  awam serta mencetuskan  suasana keresahan  di kalangan umat lslam di negara ini yang majoritinya mengikuti  fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Keda Datuk Mukhriz Mahathir turut mencadangkan supaya fatwa anti Syiah diwartakan bagi membendung pergerakan terbabit.

Cadangan itu juga disambut baik oleh Mufti Kedah, Datuk Sheikh Mohamad Baderudin Ahmad dan Pas yang bersedia untuk membincangkan perkara tersebut dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.

“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

“Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini. dan Klik juga DISINI

Sumber:sinarharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...