Ahad, 23 Jun 2013

PERHIMPUNAN BLACK 505 ADALAH PENGKHIANAT NEGARA

Tindakan Berkhemah di Padang Merbok Menyimpang Daripada Janji Berhimpun Secara Aman

Rakyat Malaysia memerhati dan melihat apakah tindakan yang effektif diambil oleh pihak berkuasa kepada penganjur dan peserta perhimpunan yang dilihat cuba menonjolkan sikap ganas dan budaya barat yang tidak sepatutnya dilakukan.

Tapi jangan sampai rakyat merasa bosan dengan ungkapan-ungkapan yang diluahkan oleh pegawai atasan pihak berkuasa hanya untuk menyedapkan telinga pendengar saja.


KUALA LUMPUR: Tindakan Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) berkhemah di Padang Merbok, Jalan Parlimen, di sini pada Sabtu, menimbulkan tanda soal terhadap tujuan sebenar Perhimpunan Black 505 anjuran pembangkang membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas.
Walaupun perhimpunan itu umumnya berlangsung aman, tindakan sekumpulan SAMM berkhemah di situ selepas perhimpunan petang ini, boleh menjurus kepada pertembungan antara mereka dengan pihak penguatkuasa dan undang-undang sekiranya mereka tetap berdegil.
Perbuatan berkhemah di tempat awam bawah jagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menjelang majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat Isnin ini sudah menyimpang daripada janji penganjur bahawa mereka sekadar mahu berhimpun secara aman hari ini. KLIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...