Sabtu, 30 Mac 2013

Sah Wan Azizah tidak akan bertanding PRU ke 13

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Amizan Man mendakwa, ini kerana terdapat kelompok tertentu dalam parti menolak kehadiran Presiden PKR itu di negeri tersebut.

"Ada kelompok tertentu berkata Datin Seri (Wan Azizah) tak payah bertanding (DUN Selangor). Hal ini kerana Selangor bukanlah kawasan beliau.

"Kalau bertanding juga, ini akan memecahbelahkan parti. Jadi tak payahlah. Duduk diam-diam di Permatang Pauh," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.  KLIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...