Translate

01/10/2012

TAHNIAH ORANG MUDA PULAU PINANG

Siapa cakap orang muda di P.Pinang tak sokong BN ?? Hari ini 5 ribu anak muda berkumpul  bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN di PRU akan datang.

Program yang diberi nama 'BN Pilihan Orang Muda' ini diadakan dengan mengumpul generasi - generasi muda dari kalangan anak - anak di seluruh P.Pinang  turut disertai oleh pelbagai kaum yang mewakili suara komponen BN.

Ia dirasmikan oleh Menteri Pertahan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  di dewan Sunway Convention Centre Seberang Jaya .

Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah YB Khairy Jamaluddin, Pengerusi  Pemuda BN , Datuk Rosnah Rashid Sirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dato Zainal Abidin Osman , Timbalan Pengerusi   BN P.Pinang , Ketua Pemuda BN P.Pinang Sdr Oh Tong Keong , Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Ir Dr Shaik Hussein Mydin ,  ADUN - ADUN dan Ketua - Ketua Pemuda Bahagian. 
YB Sdr  Khairy berkata petunjuk kebangkitan semula anak muda ini menyokong BN ialah  menerusi kemenangan besar di  Piliharaya Kampus di mana Pro Aspirasi y menguasai  18  daripada 20 IPT . Di samping itu, perbentangan Bajet 2013 oleh PM kali ini  ternyata banyak memberi keistimewaan  untuk  orang muda yang kesannya melalui kehadiran ramai hari ini .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...