Translate

21/09/2012

Syarikat Khalid Ibrahim Curi Air Untuk Bayar Saman Penduduk ???

Permusuhan antara Khalid Ibrahim dengan Rozali Ismail (Syabas) bukan perkara baru. Sejak berada dalam dunia korporat lagi Khalid tidak berpuashati dengan Rozali berpunca daripada saingan perniagaan.
Apabila dilantik sebagai MB Selangor Khalid menggunakan kedudukkannya untuk menekan , memalukan serta mengaibkan Rozali dengan menggunakan isu air di Selangor.
Khalid cuba berpura-pura untuk menjadi hero rakyat kononnya untuk menurunkan tarif air di Selangor dan Rozali dijadikan bahan kutukan dan cacian melampau di kalangan orang-orang Pakatan Rakyat.
Khalid boleh berlagak hero rakyat di mata orang ramai, tetapi ramai pegawai-pegawai kerajaan di pejabat MB, pejabat tanah dan PBT semasa pemerintahan BN tahu belang Khalid yang sebenar.
Semasa berada di Guthrie Khalid pernah datang berjumpa dengan MB Selangor ketika itu, Dr Khir Toyo , untuk Guthrie dikecualikan dari membina rumah rakyat berpendapatan rendah di tanah-tanah yang dimajukan Guthrie di sekitar Subang (sekitar Lebuh Raya Guthrie).
Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan BN yang memerintah Selangor ketika itu untuk pemaju yang memajukan tanah melebihi 10 ekar, pemaju perlu menyediakan 30 peratus tanah tersebut untuk pembangunan rumah kos rendah. Khalid datang jumpa Dr Khir Toyo untuk meminta pengecualian daripada membina rumah kos rendah kerana tidak menguntungkan Guthrie.
Hari ini Khalid cuba nak jadi hero rakyat kononnya untuk menurunkan tarif air di Selangor, sedangkan hakikat yang sebenar untuk membalas dendam kesumat terhadap Rozali yang dipendam sekian lama.
Setelah bertahun-tahun Khalid memalukan Rozali, hari ini satu berita yang mengejukan dilaporkan di akhbar yang sungguh memalukan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim.
Berita selanjutnya KLIK DISINI CEPAT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...