Ahad, 23 September 2012

Sistem AES beroperasi tengah malam ini

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan mula beroperasi tengah malam ini di 14 "lokasi maut" bagi mengesan pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera dipasang di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 "lokasi maut" dalam fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan AES merupakan tindakan tegas kerajaan bagi mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

"Kamera AES dipasang di ‘kawasan hitam’ atau lokasi dikenal pasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian tinggi," katanya. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...