Rabu, 26 September 2012

PEMBENTANGAN AWAL BELANJAWAN MAT JENIN

ibrahimali1cc300
Kenapa pembangkang nak bentang bajet mereka lebih awal?

Perkara ini memang tidak pernah dilakukan ketika pemimpin lain jadi ketua pembangkang tetapi sejak Anwar Ibrahim pegang jawatan itu, beliau dan sekutunya sengaja bentang belanjawan pembangkang sebelum Bajet kerajaan.

Memang tidak ada peraturan halang Anwar dan geng-geng beliau bentang belanjawan mereka tetapi tindakan itu dianggap tidak menghormati demokrasi yang diberikan rakyat kepada kerajaan memerintah membentangkan belanjawan.

Sebab itu ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali membidas cadangan pembangkang untuk bentang bajet Pakatan Rakyat pada taklimat khas Rabu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentangkan Bajet 2013 pada Jumaat Petang di Dewan Rakyat.

Menurut Ibrahim, Anwar tidak perlu berbuat demikian kerana ketua pembangkag diberikan peluang pertama membahaskan belanjawan itu selepas pembentangan.

“Kalau Anwar nak buat bajet sendiri nak kaburkan mata rakat itu hak dia. Bagi saya ada dua sebab pembangkang buat bajet mereka seperti sebelum ini,” kata Ibrahim kepada media di lobi parlimen, Selasa.

Pertama katanya, bagi menganggu strategi belanjawan kerajaan dan kedua bagi kepentingan politik.

“Maksudnya, apabila dibentang nanti (Bajet 2013) dan ada perkara terkandung (Bajet PR), mereka akan dakwa Perdana Menteri cedok atau tiru dari PR,”.

“Kedua, mereka tahu pilihanraya dah dekat lepas PM bentang bajet. Mereka bimbang belanjawan mesra rakyat dan dapat sambutan rakyat. Sebab itu mereka kemukakan belanjawan (PR) esok,” katanya.

Menurutnya pembangkang seolah-olah takut dan risau dengan pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat ini sehingga sanggup membentangkan belanjawan mereka terlebih dulu.

"Apakah pembangkang bimbang belanjawan kerajaan yang lebih menjurus kepada mesra rakyat akan menggugat mereka," katanya.

Ibrahim mendakwa tindakan pembangkang itu hanya untuk "kepentingan politik" dan rakyat seharusnya tidak tertipu dengan agenda mereka itu. -25/9/2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...