Translate

29/08/2012

SUARAM PERLU DIHARAMKAN SEGERA

SUARAM Dedah Sumber Pembiayaannya


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pengarah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Kua Kia Soong mendedahkan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima dana dari negara asing dan individu di seluruh negara.

Beliau berkata Suaram, NGO hak asasi manusia, kini dibiayai beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Finland dan Kanada dan beberapa negeri di Malaysia selain sumbangan daripada individu.

Bagaimanapun, Kua yang mempertahankan mengenai isu pembiayaan itu merahsiakan jumlah yang diterima SUARAM sehingga hari ini serta penyumbang dana dan penaja utama.

"Adakah saya perlu memberitahu anda dari mana dana itu datang? Kenapa semua orang ingin tahu dari mana dana kami?," soal Kua pada majlis pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2011, di sini.

Beliau turut mempersoalkan wartawan tempatan akhbar harian Melayu sama ada mereka mengetahui sumber pembiayaan akhbar mereka.

Pada Julai, Suaram selaku peranannya sebagai sebuah NGO bebas telah dipersoalkan berikutan menerima peruntukan tahunan secara konsisten dari 'National Endowment for Democracy' (NED) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sejak 2006.

Menurut portal AIDC, seperti dinyatakan dalam laporan tahunan NED, Suaram menerima sejumlah US$385,000 (RM1,218,328.65) bagi tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009.

Selain Suaram, NGO Malaysia yang turut dibiayai seperti disenaraikan NED termasuk International Republican Institute, National Democratic Institute for International Affairs, Southeast Asian Press Alliance, Centre for Independent Journalism, Open Dialogue Centre, Mkini Dot Com dan beberapa yang lain. BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...