Selasa, 14 Ogos 2012

Pakatan Boleh Mimpi Nak Ke Putrajaya

office-of-the-prime-minister-putrajaya-kuala-lumpur-malaysia

NAK terkencing pun ada membaca propaganda hebat puak Pakatan haram mengenai impian mereka nak ke Putrajaya.  Modus operandinya samalah macam penipuan besar Anwar 16 September 2008 dan pilihanraya negeri Sarawak 2010, propa saja lebih, tapi penyudahnya habuk pun tarak.

Apa petunjuk yang mengatakan Pakatan haram ini akan menang dan berjaya ke Putrajaya?  Sokongan cina makin tinggi ke, sokongan India sama macam 2008 ke?  Cukup ke tu?

Cubalah ke pinggir-pinggir bandar tengok berapa ramai cina boleh jumpa?  Walaupun cina ramai dalam bandar itupun belum tentu lagi warganegara Malaysia dan boleh mengundi, silap-silap amoi rumah urut yang berlambak dibawak masuk ke Malaysia terutama di negeri-negeri yang diperintah Pakatan haram.

Lagipun berapa banyak kawasan bandar dibanding luar bandar?

Atau 22,270 orang perusuh Bersih 3.0 yang mengisi lorong-lorong sempit sekitar Dataran Merdeka pada 28 April 2012?  Itu ke petunjuk yang dijadikan asas untuk mengatakan Pakatan haram ini akan ke Putrajaya?

Bandingkan itu dengan 12 juta pengundi berdaftar di negara ini, layak mana Pakatan haram nak ke Putrajaya?

Teruskanlah berangan, hakikatnya BN semakin hari semakin kuat.  Buktinya, sejak Bagan Pinang 2009 UMNO sahaja menang semua kerusi pilihanraya kecil, PAS dan PKR kalah semua kerusi yang dipertandingkan.  Nasib baiklah DAP menang di Sibu, adalah penawar satu.

Pilihanraya negeri Sarawak 2010 begitu juga.  Banyak fitnah pasal Ketua Menteri, tapi partinya, Parti Pesaka Bersatu (PBB) menang semua kerusi, meninggalkan PKR dan PAS jauh di belakang.  Sekali lagi, nasib baik ada DAP, kalau tidak, kerusi pembangkang di DUN Sarawak hampir saja kosong.

Tapi banyak mana sangat DAP boleh bertanding dan menang?  Baru pecah lobang DAP nak bertanding 90 kerusi parlimen, dah bersilat masing-masing menafikan.

Gebang-gebang dalam facebook boleh tahanlah, tapi cuba tengok realiti dibawah.  Ini Malaysia, majoriti rakyat beragama Islam, macam mana terpesong pun, nak menerima peliwat dan penzina macam Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk diperalatkan DAP, tidak sama sekali.

Apatah lagi Anwar bukan peliwat biasa, dapat jadi Perdana Menteri, dia nak lindung keselamatan Israel juga.

Itu yang pertama.  Yang kedua, ada 4 kerajaan negeri di tadbir Pakatan sekarang yang boleh dibuat perbandingan.  Dimana ‘wow factor’nya yang boleh disandarkan harapan untuk Pakatan haram ini menang?  Air di Selangor ke?  Sedarkah, air percuma 20m3 pertama itu bukan diterima semua orang, bekalan sekarang pun makin kerap terganggu sebab kerajaan Selangor tebang pokok untuk dapatkan buah sebiji.

Yang masalah tempat lain (loji tak cukup), yang nak diambil alih tempat lain (pengagih air – SYABAS).

Takkan rakyat Malaysia nak terima kerajaan tak reti memerintah?  Come onlah, kata rakyat makin hari makin cerdik, tapi mana ada orang cerdik boleh terima segala cacamarba dalam kerajaan yang diperintah Pakatan haram hari ini?

Dulu tak nampak semua ni sebab katanya tak diberi peluang.  2008 dah diberi peluang pun, tak jugak nampak hebat mana, hebat tang buat janjilah, part laksana hancur berkecai macam pasir berderai.

Ini hakikat, bukan propaganda tau.

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...