Rabu, 29 Ogos 2012

Mengikut jejak bos ???

Pemimpin kanan parti pembangkang dan anak ditahan kes sumbang mahram

Gempar… memang gempar apabila kebanyakan media massa menyiarkan berita penahanan seorang lelaki dewasa yang juga  adalah pemimpin sebuah parti politik dan anak lelakinya, berikutan seorang anak perempuan lelaki terbabit yang baru berusia 15 tahun telah melahirkan bayi lelaki.

Si anak perempuan baru sahaja berusia 15 tahun, panjang lagi perjalanan yang perlu ditempuhi, malangnya diusia sebegitu muda dah menjadi ibu muda tanpa suami.

Mengikut laporan berita yang disiarkan, lelaki tersebut adalah pemimpin sebuah parti pembangkang dan pernah bertanding dalam pilihanraya lepas menentang calon BN di salah satu kawasan DUN di Pahang.
“Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.
Sumber: Utusan Malaysia
Ada sesetengah blog terus menghala kepada calon-calon Melayu Islam yang pernah bertanding dalam salah satu dari tiga DUN yang berada bawah Parlimen Jerantut disebabkan siaran berita memetik kenyataan dari Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut Deputi Supritendan Zakaria Kasim.

Mungkin betul atau barangkali salah telahan mereka, harap tiada yang tersilap teka kerna takut bahana lain pula yang menimpa.

Tapi kot manapun segalanya masih lagi di peringkat awal siasatan oleh polis, amat memalukan sekali kalau ianya benar-benar berlaku.

Apa sekalipun parti yang diwakilinya, pro pembangkang atau pro kerajaan, kiranya perkara seperti ini sah dan benar, gayanya macam parah betul naluri seks segelintir orang zaman sekarang sehingga tergamak jadi haruan makan anak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...