Selasa, 14 Ogos 2012

MB KELANTAN TIDAK TAHU RAKYATNYA TERLALU DAIF DAN MENYEDIHKAN

Kaji kemiskinan rakyat Kelantan


TUMPAT – Penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) akan mengkaji tahap kemiskinan rakyat di negeri ini bagi menentukan punca dan cara penyelesaiannya.
Satu kajian awal mendapati, daerah Tumpat merupakan antara daerah yang paling kritikal berhadapan dengan masalah kemiskinan tegar, oleh itu sebanyak 100 keluarga di sekitar daerah itu telah dikenal pasti untuk menjadi kumpulan pertama dalam projek pembasmian kemiskinan tegar.
Menurut Penasihat Khas kepada Yang Pertua MAIK, Datuk Nik Kamaruddin Ismail, kajian itu bertujuan mengenali punca sebenar kemiskinan dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyalurkan bantuan.
“Kita perlu tahu masih lagi wujud masyarakat miskin tegar di negeri kita dan ada antara mereka menjalani kehidupan yang terlalu daif dan menyedihkan.
“MAIK mahu kemiskinan di negeri ini dibasmi dan dengan itu, kami turun padang untuk melihat sendiri keperluan golongan ini bagi membolehkan mereka membantu meningkatkan taraf hidup masing-masing,” katanya ketika melawat beberapa buah keluarga di sekitar Tumpat semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...