Jumaat, 22 Jun 2012

RAFIZI DIPECAT DALAM KERAJAAN SELANGOR SELEPAS DEBAT DENGAN KJ ???

Rafizi letak jawatan dalam kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR 21 Jun - Pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli hari ini mengumumkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ketika timbul desas-desus perbalahan antara beberapa pemimpin PKR di negeri itu.

Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang oleh Ketua Pembangkang yang juga merupakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk kepada Kerajaan Negeri atau Anwar Ibrahim," kata Rafizi menerusi mesej Twitternya.


Beliau berkata,"Letak jawatan proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah".

"Saya tidak pernah tugas lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu," tambahnya.

Peletakan jawatan Rafizi dikatakan menimbulkan pelbagai spekulasi memandangkan beberapa ahli PKR berpendapat ia mempunyai kaitan dengan perbalahan antara Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin dengan beberapa pemimpin PKR negeri. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...