Translate

12/06/2012

PAS PERLU SEDAR DIRI DULU SEBELUM GANTI UMNO ???


SEPENGGAL MEMERINTAH TERENGGNU PUN DAH HURU-HARA SEMUANYA TAK BETUL, BAGAIMANA NAK MENGGANTIKAN UMNO ? MACAM LANGIT DENGAN BUMI ...

Ahli Dewan Negara, Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar mempunyai pandangannya yang tersendiri bahawa Pas belum layak menggantikan UMNO.

Beliau menyifatkan keupayaan Pas masih jauh dibelakang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat.

“Ini jelas menunjukkan Pas belum layak mendemonasi Pakatan Rakyat sebagaimana UMNO dalam Barisan Nasional (BN),” katanya.

Dari segi prinsip, kata beliau, Pas jauh menyimpang daripada perjuangan asalnya mahu menegakkan Islam dan ketuanan Melayu.

“Ini terbukti apabila Pas sentiasa mengambil sikap mendiamkan diri apabila timbul isu ketuanan Melayu dan agama yang melibatkan Pakatan Rakyat.

“Pas juga sentiasa akur kepada tekanan daripada DAP dan PKR. Pas juga tidak ada pendirian dan hanya sekadar menjadi pak turut sahaja,” tambahnya.

“Bagaimana PAS mahu menggantikan UMNO? Bilangan kerusi Parlimen PAS lebih kecil daripada PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat sedangkan kerusi Parlimen Umno terbesar dalam Barisan Nasional,” katanya.

Beliau berkata, ramai orang Melayu tidak mahu memperjudikan, menggadai maruah dan kedudukan mereka kepada Pakatan Rakyat yang sememangnya anti-Melayu dan Islam.

Sumber:teganukita

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...