Khamis, 7 Jun 2012

NIK AZIZ BERGADUH DENGAN HAJI HADI ???


Makin kusut: Nik Aziz nak juga muzakarah walau Hadi tak setuju.


Celaru sungguh dalam PAS ketika ini, jika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin bukan main tegas lagi tolak muzakarah dengan UMNO, tapi bagi Muryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat lain pulak nadanya.

Menteri Besar Kelantan itu pada Rabu berkata beliau tetap hendak bermuzakarah dengan UMNO walaupun PAS Pusat tidak setuju.

Bahkan orang yang cukup pengaruh dalam politik pekatan pembangkang tersebut jelas-jelas kata pertemuan itu penting  bagi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.

“Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju.

"Saya tak ganggu presiden saya. Yang saya sebut, saya nak muzakarah dengan Umno kenapa tolak Islam. Kalau dia (Hadi) tak setuju dengan saya, tak apa... yang penting muzakarah," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu.

Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan berkata PAS tidak akan mengadakan muzakarah dengan Umno sebagaimana yang dilaporkan oleh media sebelum ini, sebaliknya sedia berbincang dengan NGO.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata Umno sedia bermuzakarah dengan mana-mana NGO yang berasaskan Islam dan Melayu, sekiranya PAS tidak bersedia berbuat demikian.

Nik Abdul Aziz berkata beliau juga tidak akan melonggarkan syarat yang telah ditetapkannya iaitu membincangkan mengenai dasar kebangsaan yang diamalkan Umno jika parti itu benar-benar mahu mengadakan muzakarah dengan PAS.

Sumber:agendadaily




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...