Translate

07/06/2012

Bekas ketua SCDF didakwa terima rasuah habuan seks

Hubungan dengan tiga wanita sebagai ganjaran dapatkan keutamaan niaga antara firma dengan SCDF
BEKAS Pesuruhjaya Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Peter Benedict Lim Sin Pang, semalam didakwa di mahkamah atas kesalahan menerima rasuah daripada tiga wanita dalam bentuk habuan seks.
Butir-butir mengenai salah laku yang didakwa dilakukannya dikemukakan di mahkamah, dengan nama-nama wanita itu dan tempat-tempat di mana hubungan seks itu didakwa dilakukan dalam kes yang telah menarik perhatian umum sejak ia terdedah awal tahun ini.
Lim, 52 tahun, menghadapi tuduhan menerima habuan seks daripada tiga wanita secara berasingan - dua daripada mereka adalah vendor dan seorang berpotensi menjadi vendor - sebanyak 10 kali antara Mei 2010 dengan November 2011.
Menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), hubungan seks itu sebagai ganjaran bagi mendapatkan keutamaan perniagaan antara syarikat wanita-wanita itu dengan SCDF.
Ketiga-tiga wanita yang terlibat dinamakan sebagai Cik Pang Chor Mui daripada syarikat Nimrod Engineering; pengarah pembangunan perniagaan satu lagi vendor, NCS, Cik Esther Goh Tok Mui; dan Cik Lee Wei Hoon, seorang pengarah syarikat Singapore Radiation Centre.
Nimrod Engineering dan NCS menawarkan khidmat keselamatan dan perhubungan dalam bidang kejuruteraan teknologi maklumat (IT), sementara syarikat Singapore Radiation Centre pula menyediakan khidmat kegiatan radiasi seperti pengesanan dan kawalan kimia, biologi, radiologi dan nuklear.
Semalam, bekas Pesuruhjaya SCDF itu tiba di mahkamah rendah menaiki sebuah kereta hitam dan berjalan memasuki bangunan tersebut sendirian.
Lim tidak membuat sebarang pengakuan dan telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $10,000. Pasportnya juga telah ditahan dan dia perlu kembali menghadiri perbicaraan pada 5 Julai nanti.
Dia juga enggan memberikan sebarang komen, sekadar meminta agar diberikan "sedikit ruang''.
Jika sabit kesalahan, Lim boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan didenda maksimum $100,000 bagi setiap tuduhan.
Lim yang sudah berumah tangga, diberkas CPIB pada 4 Januari lalu, dua minggu setelah bekas pengarah Biro Narkotik Pusat (CNB), Ng Boon Gay, 44 tahun, diberkas.
Paparan selanjutnya dan KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...