Translate

16/05/2012

Protes Bersih: Senaman gelek punggung depan rumah Ambiga pula…

gelek1xx
TERUSKAN USAHA-USAHA MURNI DEMI UNTUK MENJAGA KESIHATAN ..... Tapi awas !!!! jangan sampai diintai oleh Ustas Nuar Al-Juburi !!


Kalau begini halnya suasana di depan rumah bos Bersih,Datuk S Ambiga di Jalan Setia Kasih,Bukit Damansara bakal meriah dari masa ke semasa.

Khamis lalu peniaga yang diketuai IKHLAS,sebuah NGO pacak gerai burger di situ sebagai tanda protes mata pencarian mereka terjejas akibat demo Bersih yang cetus kekacauan pada 28 April lalu.

Pagi Selasa lagi sempoi.Seramai 15 veteran bekas tentera telah membuat senaman ‘gelek punggung’ selama kira-kira 20 minit di atas jalan depan rumahnya.
gelek3vvx
Mereka adalah dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM)  yang diketuai oleh Mohd Ali Baharom.

Beliau berkata mereka sebagai bekas tentera ada hak untuk melindungi negara ini dari dicemar oleh musuh.

Menurut beliau selain protes demo Bersih,  senaman gelek punggung itu juga sebagai membantah Ambiga yang dikaitkan dengan gerakan seks bebas.
gelek6vvx
Aksi protes mereka bermula jam 8.30 pagi.

Kebetulan Ambiga yang hendak keluar pergi mahkamah bersua dengan mereka depan rumah itu.
gelek4
Mereka tunjuk sepanduk kad manila memprotes tindak tanduk Bersih dan Datuk Seri Anwar Ibrahim padanya.

Mohd Ali mengingatkan Ambiga jangan berbuat sesuatu yang boleh rosakan nama negara.

Katanya mereka akan bertindak jika begitu halnya.

Beliau meminta Ambiga tolong sampaikan kad sepanduk itu kepada Anwar.– OLEH MOHAMED HIEKAL – 15/5/2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...