Translate

18/05/2012

NIZAR JAMALUDDIN MEMANG KAKI PEMBOHONG DAN PENIPU KATA ADIK & ABANGNYA !!!

Sebentar tadi Nizar terus terkedu setelah rekod pembohongannya pada malam ini telah disergah oleh dua orang saudaranya sendiri iaitu En Fadhil Jamaluddin iaitu adiknya dan En Radhi Jamaluddin abangnya sendiri.

Bagaimana rakyat nak percaya pembohongan siNizar ni sedangkan kaum keluarganya pun berkata Nizar memang jenis kaki pembohong.

Menurut adiknya Fadhil Jamaluddin abangnya Nizar memang jenis kuat pembohong sejak kecil lagi. Dia terlalu bangga dengan darahnya yang berketurunan cina. Nizar pernah kata pada keluarganya Malaysia ini bukan tanah orang Melayu yang punya dan kita tidak boleh mengharap sangat kepada orang Melayu. 

Menurut adik Nizar semasa Nizar menjadi Menteri Besar dia langsung tidak diberi kuasa untuk membuat keputusan sebaliknya terpaksa mengikut telunjuk pemimpin cina DAP sahaja, ini fakta katanya.

Setiap mesyuarat memang Nizar yang duduk dikerusi MB sebagai pengerusi tetapi yang buat keputusannya adalah Ngeh dan Nga sehinggakan Nizar pernah meminta mereka mencarikan bomoh untuk berubat supaya Ngeh dan Nga tidak lagi mengganggunya tetapi tidak berhasil.

Sehingga sekarang kata adik Nizar, Nizar akan mengeletar apabila melihat telefon berdering jika nama yang terpapar di skrin handphone nama Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming.

Nizar juga tidak kisah apa akan berlaku kepada umat Islam di negeri Perak asalkan dia dapat memegang kuasa untuk memerintah.

Kedua-dua saudaranya menunggu juga Nizar datang ke tempat ceramah Umno, ternyata Nizar memang seorang yang pengecut.

Sumber:sungairapatonline

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...