Translate

22/05/2012

Muzakarah PAS UMNO Batal Dek Kerana Nik Aziz – Part 1

balaci

Memang sahihlah Presiden PAS, Hadi Awang dah tak relevan untuk menentukan halatuju PAS nak ke kiri atau ke kanan mahupun undur ke belakang ataupun maju ke depan. Kurang 48 jam Murshitdul Am PAS, Nik Aziz membuka mulut meletakkan syarat perundingan terus Hadi Awang goyang tarik handbrake.

Tujuan utama Hadi Awang mahu menyelamatkan air muka PAS dari terus menjadi keldai tunggangan pakatan pembangkang disamping untuk menggertak DAP dan PKR terus terkubur tanpa batu nisan – Hadi malu sendiri hilang sudah kredibilitinya sebagai seorang pemimpin utama PAS.
Hasrat sampingan mahu menjaga kelangsungan hidup PAS melalui kerjasama politik dengan UMNO kembali menjadi macam orang berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap dek kerana syarat-syarat Nik Aziz.

Apa syarat Nik Aziz? 1. UMNO kena terima Islam dan tukar dasar kebangsaan. 2. Terima DAP dan PKR.

“Saya sebut lama dah. Kalau Umno nak bersatu, parti itu perlu menukar dasar kebangsaan kepada Islam. Ia bukan keputusan seorang tetapi kena buat secara rasmi (bersama PR). Umno (perlu) tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam secara rasmi.
“Kedua, Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan kerana kami sudah ada Pakatan dan Pakatan tidak buat khianat kepada kami. Maka lepas kami (Pas) bersatu dengan Umno dan selepas Umno ubah dasar dia, barulah boleh bersama dengan pakatan,” katanya.

Nik Aziz kita tahulah sejak dulu hingga kini buka saja mulut kalau tak pusing cerita memang tak sah. Bercakap berbelit mengalahkan ular dan cukup pantang kalau perjalanan PAS tidak mengikut kepala dia.
Cara Nik Aziz bercerita pasal syarat tu macamlah DAP dah tukar dasar sosialisnya kepada Islam sebaik saja mengikat perjanjian dengan PAS dalam PR.
Sejak dulu hingga kini pula PKR kekal dengan dasar sosialis liberal, tapi tak pernah pula menjadi persoalan besar untuk PAS bersekedudukan dengan mereka.

bersambung dan KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...