Translate

18/05/2012

DATUK HARUN TAIB DIPECAT DARI PAS ???

Kenyataan Hadi mengejutkan

KUALA LUMPUR 16 Mei - Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap gesaan Datuk Harun Taib berhubung pelaksanaan hukum hudud bersifat peribadi dan tidak mewakili pandangan parti adalah sesuatu yang mengejutkan.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, beliau sendiri tidak pernah terfikir ulama besar seperti Abdul Hadi boleh melemparkan kenyataan negatif sedemikian terhadap Ketua Dewan Ulama Pas itu.

Jelasnya, ia bukan sahaja menjatuhkan martabat rakan seperjuangan tetapi boleh dilihat sebagai usaha tersembunyi melaga-lagakan kedua-dua pemimpin utama parti berkenaan.

"Saya tersentak membaca ulasan Presiden Pas mengenai gesaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama Pas berhubung perlaksanaan hudud. Saya benar-benar terkejut dan terus meneliti komen beliau.

"Apapun, hati kecil saya tegas membisikkan bahawa komen yang dilontarkan beliau bukan merupakan cetusan idea pemikiran dan aspirasinya sendiri. Tetapi besar kemungkinan akibat pengaruh, desakan dan tekanan orang sekeliling yang terdiri daripada parasit-parasit dalam parti.

"Bagi mereka, membantu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi Putrajaya dengan apa cara sekalipun adalah lebih diutamakan daripada perlaksanaan hudud dan syariat Islam," katanya melalui status Facebook terbaru beliau hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi menerusi akhbar milik pembangkang kelmarin yang antara lain memberi jaminan kepada pimpinan pembangkang bahawa Pas menolak pandangan Harun kerana ia tidak mencerminkan kedudukan parti tetapi berupa pandangan peribadi.

Hasan berkata, dalam kepimpinan Pas, Harun adalah antara orang yang paling dihormati Abdul Hadi yang bukan sahaja rakan fikrah sejak awal remaja malah sentiasa bersama ketika jatuh dan bangun dalam arena politik.

"Hubungan mereka lebih daripada 'aur dengan tebing'. Justeru komen beliau itu seperti digambarkan dalam akhbar tidak dapat saya mempercayainya," jelasnya.

Sumber:utusan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...