Translate

05/12/2011

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM DIANTARANYA !!!

Image Detail
Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama Jumaat sekampung, kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturahim dan putus hubungan kerabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

04/12/2011

Facebook Islam dilancar tahun depan


ISTANBUL 2 Dis. - Sekumpulan ahli perniagaan Islam di Turki, semalam mendedahkan rancangan untuk melancarkan laman web sosial seperti Facebook yang dipenuhi dengan nilai-nilai baik untuk golongan muda Islam.

Naib Presiden kumpulan tersebut, Ahmed Azimov berkata, laman sosial SalamWorld.com, yang akan dilancarkan pada tahun depan, berfungsi untuk menyatukan golongan muda dengan satu matlamat yang sama dan menerapkan ciri-ciri baik serta mengetepikan maklumat yang tidak bermanfaat.

Katanya, laman sosial itu berpangkalan di Istanbul dan mempunyai cawangan pejabat di Moscow serta Kaherah dan diselaraskan di 30 buah negara lain, dijangka menarik kira-kira 50 juta pengguna dalam tempoh tiga tahun.

FBI intip komuniti Islam

Image Detail
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) didakwa mengintip dan mengumpul maklumat mengenai kumpulan komuniti Islam melalui penyertaan dan pertemuan dalam program khidmat masyarakat dengan wakil mereka, kata pertubuhan hak asasi Amerika Syarikat (AS), semalam.

Kesatuan Kebebasan Hak Sivil Amerika (ACLU) dalam satu laporan berkata, FBI melangkaui bidang kuasanya dan melanggar kepercayaan kumpulan itu yang bersetuju untuk bertemu pegawai penguatkuasa undang-undang.

Laporan itu dikeluarkan berdasarkan dokumen kerajaan yang didapati melalui Akta Kebebasan Maklumat.

03/12/2011

Cabaran 4x4 terpanjang dunia bermula

Image Detail
Cabaran sepuluh hari aksi lasak Rainforest Challenge International Terengganu 2011 (RFC 2011) mencatatkan penyertaan paling ramai lebih 500 peserta dari 30 buah negara bermula hari ini.

Pengasas dan Pengarah acara itu, Luis J.A. Wee berkata, acara pengembaraan 150 buah kenderaan pacuan empat roda, 4x4 itu merupakan yang terpanjang dan paling sukar di dunia terutama dalam berhadap musim monsun ketika ini.

Katanya, seperti tahun-tahun sebelumnya, cabaran edisi ke-15 ini diadakan pada musim tenkujuh yang menjadikan pengembaraan tahunan ini menjadi tumpuan para pengembara kenderaan 4x4 dari seluruh pelusuk dunia.

“Populariti acara ini meningkat setiap tahun yang dijangka menarik lebih 30,000 peminat sukan lasak yang menunggu di setiap lokasi persinggahan serta tempat pertemuan pelbagai negara, budaya dan adat resam.

02/12/2011

Nelayan Terengganu Diminta Patuhi Syarat Tangkap Udang Musim Tengkujuh

KUALA TERENGGANU, 2 Dis (Bernama) -- Nelayan yang diberikan permit sementara oleh Jabatan Perikanan Terengganu untuk menangkap udang pada musim tengkujuh diingatkan supaya tidak menunda pukat melebihi dua batu nautika dari pantai.

Pengarah Perikanan negeri Zakaria Ismail berkata jika mereka tidak mematuhi syarat itu mereka boleh ditangkap oleh pihak berkuasa.

01/12/2011

Ucapan Dasar Presiden UMNO : “UMNO Menjuarai Transformasi”


Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.

Berbekal rasa tawadhu’ dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.

29/11/2011

Undang-undang perhimpunan aman tidak zalim - Najib

Image Detail

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas dakwaan sesetengah pihak bahawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 adalah satu undang-undang “draconian” yang zalim berbanding sebelum ini.

Perdana Menteri menegaskan rang undang-undang yang dibentangkan di Dewan Rakyat minggu lepas sebenarnya lebih menjamin hak setiap warganegara Malaysia untuk berhimpun secara aman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...