Translate

28/10/2011

PERHIMPUNAN AGM KALI KE 2 PERKASA



Kehadiran perwakilan dan pemerhati sekitar 7,000 Ahli Perkasa dari seluruh Pelusuk Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.
Majlis telah dirasmikan olrh YBhg. Tan Sri Rahim Nor bekas Ketua Polis Negara.
YB Presiden Perkasa Dato’ Ibrahim Ali telah memberikan ucapan dasar yang bertajuk ‘Perkasa Pemangkin Perpaduan’ (Ucapan dasar boleh di baca disini) Ucapan yang merangkumi segala aspek isu semasa dan kehidupan di tanah air Malaysia hari ini.


Kesemua Ahli Dewan Tertinggi Perkasa turut hadir diri bagi menceriakan majlis.
Syabas dan tahniah kepada urusetia Penganjuran Perhimpunan Mesyuarat Agung Kali Ke 2 Perkasa kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan Perhimpunan Agung ini.
Begitu juga kepada semua ADT, kepimpinan Sayap-Sayap Pertubuhan, Wiranita, Wira dan Wirawati kerana telah memberikan kerjasama sehingga majlis dapat berjalan dengan sempurna dan berjaya.
Kepada para perwakilan dan pemerhati, terima kasih juga diucapkan kerana telah memberi sepenuh komitmen disepanjang perhimpunan.
Syabas untuk semua..
Hidup Melayu!!!!







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...