Translate

21/08/2022

#SKANDAL GUNONG INAS: DURIAN MUSANG KING - MUKRIZ MAHATHIR TERLIBAT ????



BALING: Tiga kolam takungan air bersaiz gelanggang futsal di puncak GUNUNG INAS AKAN DIMUSNAHKAN DALAM TEMPOH TERDEKAT berikutan ia didapati boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk sekitar.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata beliau sudah merujuk masalah itu kepada PERDANA MENTERI, DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB YANG BERJANJI AKAN MENYELESAIKANNYA SEGERA.

Jelasnya, keputusan sudah dibuat bahawa tiga kolam yang dibina SYARIKAT LADANG DURIAN MUSANG KING terbabit perlu dirobohkan demi memastikan keselamatan penduduk.

"Cuma keadaannya ketika ini, kita perlu mencari kaedah bagaimana kolam terbabit dapat diroboh dan dimusnah tanpa menyebabkan masalah lain kepada penduduk di sekitar Kampung Iboi.

"Kita tidak boleh mengambil tindakan tanpa kajian terperinci kerana bimbang air kolam boleh mengakibatkan kepala air berlaku lagi jika alirannya dilepaskan ke Sungai Kupang begitu sahaja.

"Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan agensi lain sudah meninjau keadaan kawasan terbabit dan keputusan mengenai kaedah terbaik memusnahkan kolam akan dibuat mereka," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Penyerahan Dana Sumbangan Tabung Bencana Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) yang turut dihadiri Presiden PEKIDA, Datuk Mohd Foad Mat Isa.

BH sebelum ini melaporkan kewujudan kolam dan tandak air di sekitar Gunung Inas yang berisiko pecah pada bila-bila masa sekiranya berlaku hujan lebat di puncak gunung berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Azeez berkata, beliau tidak pernah menuding jari kepada mana-mana pihak yang dikatakan menjadi punca kejadian bencana banjir lumpur dan aliran puing di Kampung Iboi bulan lalu.

Katanya, keutamaan sepatutnya diberikan kepada usaha memulihkan infrastruktur yang rosak dan membantu penduduk yang terjejas akibat bencana yang berlaku.

"Jika kita lihat kenyataan Menteri Besar (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) tidak mahu tanam semula puncak Gunung Inas kerana Allah akan tumbuhkan, maka tidak sepatutnya tebang apa yang Allah jadikan.

"Tetapi tidak apa kerana perkara sudah berlaku, yang penting kita perlu cari kaedah selesaikan semua masalah ini seperti yang dirancang Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

"Cuma kita masih bimbang keadaan di Kampung Iboi masih umpama bom jangka kerana cuaca hujan berlaku agak kerap dan penduduk akan lari ke masjid berikutan masih dalam kebimbangan," katanya.

Dalam kejadian bencana pada 4 Julai lalu, seramai tiga nyawa penduduk terkorban dan lebih 1,000 rumah terjejas akibat banjir lumpur dan aliran puing yang turut meranapkan 18 rumah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/991116/tiga-kolam-air-di-puncak-gunung-inas-akan-dimusnahkan

#PRU15: ZAMANI TERLIBAT ATUR URUS KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN???

#PRU15: ISMAIL SABRI TERLIBAT DENGAN SKANDAL MAHATHIR & MIDIN?????

15/08/2022

#PROJEK TEROWONG: PH MEMBISU SEPERTI BADAK KEKENYANGAN? KENAPA GUNA SOTONG???


PH masih tak mahu jawab 6 soalan paling adil dan mudah saya? Berapa kali lagi nak tanya?

1. Berapa banyakkah kemajuan projek yang dicapai sepanjang 22 bulan PH memerintah? Jawab sikit.

Atau adakah benar kita mencapai kemajuan 55% dalam 3 1/2 tahun sejak pembinaan fizikal bermula pada Januari 2015 hingga Mei 2018 dan hampir SIFAR kemajuan dari Mei 2018 hingga ke hari ini?

2. Apakah yang PH lakukan untuk mengatasi kelewatan ini dan usaha mempercepatkan penghantaran ketika mereka memegang kuasa pada Mei 2018 iaitu hampir 1 tahun sebelum tarikh penghantaran penuh (April 2019)?

3. Mengapakah Kerajaan PH diam menikus sepenuhnya apabila tarikh akhir penghantaran April 2019 bagi kapal pertama terlepas tetapi hanya membuatnya isu besar 3 tahun kemudian setelah projek dibeku ketika mereka kerajaan?

4. Berapakah jumlah dana atau jaminan pinjaman yang diberikan oleh kerajaan PH kepada Boustead untuk membantu Boustead yang dalam kesusahan bagi memastikan kontrak nasional strategik ini diteruskan dan terus berjalan serta untuk menjaga kepentingan LTAT supaya aset terbesarnya tidak terjejas?

5. Adakah Uncle Kit Siang tahu perbezaan antara projek lewat berbanding projek mati atau terbengkalai sama sekali seperti projek Terowong Pulau Pinang yang dilaksanakan oleh anak kamu? Sila tunjukkan gambar-gambar kemajuan projek terowong.

Berapa inci jalan raya atau terowong sudah dibina?

6. Jika projek ini tidak diberikan kepada Boustead yang dimiliki oleh LTAT, maka SIAPAKAH KONSORTIUM ATAU SYARIKAT TERBAIK seterusnya yang mempunyai pengalaman industri yang betul serta limbungan pembinaan kapal yang diperlukan untuk diberikan projek ini? Bolehkah anda namakan satu syarikat tempatan yang lebih layak?

Soalan Bonus: Tolong tunjukkan saya bukti bahawa Najib pernah campur tangan dalam menukar jenis kapal dari Sigma kepada Gowind atau bahawa Najib pernah mengambil wang daripada projek ini.

RUJUKAN: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/pfbid02xirKwK1Yu6xxtUZq8FJnXM8bYmt23o7NJW4qQ6GcqR5L8NLDjb8Yvwg2MftBonMcl 

11/08/2022

#BONGKAR: PENGUASAAN WARGA ASING DIBUMI MALAYSIA


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...