Translate
22/07/2022
08/07/2022
#SEJARAH SELEMPANG MERAH & KIYAI HJ. SALLEH
Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916.
Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin AbuBakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas MENDAPAT PERKENAN SULTAN IBRAHIM dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat , Johor.
Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang BANGKIT MENENTANG KEKEJAMAN KOMUNIS semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II.
Sebelum ketibaan pihak British, PIHAK KOMUNIS yang dikenali sebagai ASKAR BINTANG TIGA yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan BERTINDAK KEJAM terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun.
Dengan HANYA BERSENJATAKAN PARANG PANJANG dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar.
Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengikutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.
Walauapapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim BERJAYA MENYEKAT KEGIATAN ASKAR BINTANG TIGA pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.
Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima.
Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.
Tentera Selempang Merah ini menjadi terkenal selepas kekalahan tentera Jepun. Apabila Bintang Tiga mengamuk den membunuh tokoh agama dan pemimpin kampung, Tentera Selempang Merah tampil mempertahankan masyarakat Melayu dengan menyerang komunis dan tali barut mereka.
PERGERAKAN INI MEMBANTU MEMBANTUTKAN KEKEJAMAN KOMUNIS sehinggalah kehadiran kembali Tentera British ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Sewaktu kejadian 13 Mei, pasukan ini datang dari Johor untuk membantu orang melayu di Kuala Lumpur, bagaimanapun telah ditahan oleh pihak polis sebelum sempat membantu.
#PRU15: HADI SETUJU PAS GUNA LOGO PN
PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin berkata Bersatu dan PAS membuat keputusan akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Perkara ini turut DIPERSETUJUI OLEH PRESIDEN PAS ABDUL HADI AWANG dan ia boleh disahkan oleh kepimpinan PAS. Sebagai contoh di Johor, parti yang bertanding bukan Bersatu sahaja sebaliknya PAS juga,” kata pengerusi PN itu menurut laporan Bernama.
“Itu keputusan saya terima dan saya fikir keputusan itu masih kekal sehingga kini. Bagaimanapun, dari segi agihan kerusi ia belum diputuskan lagi,” katanya.
Beliau turut mengakui ada beberapa parti yang cuba “mengetuk pintu” untuk menyertai PN, namun pihaknya berhati-hati untuk menerima.
Terdahulu, Muhyiddin merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat dan Pelancaran Jentera PN Peringkat Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi PN Kelantan Ahmad Yakob yang juga menteri besar.
Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan timbalan perdana menteri.
Beliau yang juga presiden Bersatu berkata pertemuan itu telah diadakan beberapa hari lalu supaya perjanjian PN dengan perdana menteri sebelum ini, dapat dipertimbangkan.
“Saya telah berjumpa dengan perdana menteri beberapa hari yang lepas, di
mana saya telah mengutarakan beberapa perkara penting termasuk soal pelantikan
dalam kerajaan, bukan sahaja mengisi kekosongan tetapi termasuk
pelantikan-pelantikan baharu.
“Kita tidak minta lebih daripada (perjanjian) itu tetapi hanya soal pelantikan timbalan perdana menteri dan menteri, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun serta peruntukan kerajaan,” katanya.
RUJUKAN: hKLIK DISINI DAN BACA