Translate

23/11/2022

#PRU15: PENYELEWENGAN DAHSYAT DILAKUKAN OLEH PAS & PN


Allah SWT akan turunkan bala kepada mereka-mereka yang memperalatkan agama, demi kepentingan peribadi.  Inn Sya Allah.

21/08/2022

#SKANDAL GUNONG INAS: DURIAN MUSANG KING - MUKRIZ MAHATHIR TERLIBAT ????



BALING: Tiga kolam takungan air bersaiz gelanggang futsal di puncak GUNUNG INAS AKAN DIMUSNAHKAN DALAM TEMPOH TERDEKAT berikutan ia didapati boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk sekitar.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata beliau sudah merujuk masalah itu kepada PERDANA MENTERI, DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB YANG BERJANJI AKAN MENYELESAIKANNYA SEGERA.

Jelasnya, keputusan sudah dibuat bahawa tiga kolam yang dibina SYARIKAT LADANG DURIAN MUSANG KING terbabit perlu dirobohkan demi memastikan keselamatan penduduk.

"Cuma keadaannya ketika ini, kita perlu mencari kaedah bagaimana kolam terbabit dapat diroboh dan dimusnah tanpa menyebabkan masalah lain kepada penduduk di sekitar Kampung Iboi.

"Kita tidak boleh mengambil tindakan tanpa kajian terperinci kerana bimbang air kolam boleh mengakibatkan kepala air berlaku lagi jika alirannya dilepaskan ke Sungai Kupang begitu sahaja.

"Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan agensi lain sudah meninjau keadaan kawasan terbabit dan keputusan mengenai kaedah terbaik memusnahkan kolam akan dibuat mereka," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Penyerahan Dana Sumbangan Tabung Bencana Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) yang turut dihadiri Presiden PEKIDA, Datuk Mohd Foad Mat Isa.

BH sebelum ini melaporkan kewujudan kolam dan tandak air di sekitar Gunung Inas yang berisiko pecah pada bila-bila masa sekiranya berlaku hujan lebat di puncak gunung berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Azeez berkata, beliau tidak pernah menuding jari kepada mana-mana pihak yang dikatakan menjadi punca kejadian bencana banjir lumpur dan aliran puing di Kampung Iboi bulan lalu.

Katanya, keutamaan sepatutnya diberikan kepada usaha memulihkan infrastruktur yang rosak dan membantu penduduk yang terjejas akibat bencana yang berlaku.

"Jika kita lihat kenyataan Menteri Besar (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) tidak mahu tanam semula puncak Gunung Inas kerana Allah akan tumbuhkan, maka tidak sepatutnya tebang apa yang Allah jadikan.

"Tetapi tidak apa kerana perkara sudah berlaku, yang penting kita perlu cari kaedah selesaikan semua masalah ini seperti yang dirancang Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

"Cuma kita masih bimbang keadaan di Kampung Iboi masih umpama bom jangka kerana cuaca hujan berlaku agak kerap dan penduduk akan lari ke masjid berikutan masih dalam kebimbangan," katanya.

Dalam kejadian bencana pada 4 Julai lalu, seramai tiga nyawa penduduk terkorban dan lebih 1,000 rumah terjejas akibat banjir lumpur dan aliran puing yang turut meranapkan 18 rumah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/991116/tiga-kolam-air-di-puncak-gunung-inas-akan-dimusnahkan

#PRU15: ZAMANI TERLIBAT ATUR URUS KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN???

#PRU15: ISMAIL SABRI TERLIBAT DENGAN SKANDAL MAHATHIR & MIDIN?????

15/08/2022

#PROJEK TEROWONG: PH MEMBISU SEPERTI BADAK KEKENYANGAN? KENAPA GUNA SOTONG???


PH masih tak mahu jawab 6 soalan paling adil dan mudah saya? Berapa kali lagi nak tanya?

1. Berapa banyakkah kemajuan projek yang dicapai sepanjang 22 bulan PH memerintah? Jawab sikit.

Atau adakah benar kita mencapai kemajuan 55% dalam 3 1/2 tahun sejak pembinaan fizikal bermula pada Januari 2015 hingga Mei 2018 dan hampir SIFAR kemajuan dari Mei 2018 hingga ke hari ini?

2. Apakah yang PH lakukan untuk mengatasi kelewatan ini dan usaha mempercepatkan penghantaran ketika mereka memegang kuasa pada Mei 2018 iaitu hampir 1 tahun sebelum tarikh penghantaran penuh (April 2019)?

3. Mengapakah Kerajaan PH diam menikus sepenuhnya apabila tarikh akhir penghantaran April 2019 bagi kapal pertama terlepas tetapi hanya membuatnya isu besar 3 tahun kemudian setelah projek dibeku ketika mereka kerajaan?

4. Berapakah jumlah dana atau jaminan pinjaman yang diberikan oleh kerajaan PH kepada Boustead untuk membantu Boustead yang dalam kesusahan bagi memastikan kontrak nasional strategik ini diteruskan dan terus berjalan serta untuk menjaga kepentingan LTAT supaya aset terbesarnya tidak terjejas?

5. Adakah Uncle Kit Siang tahu perbezaan antara projek lewat berbanding projek mati atau terbengkalai sama sekali seperti projek Terowong Pulau Pinang yang dilaksanakan oleh anak kamu? Sila tunjukkan gambar-gambar kemajuan projek terowong.

Berapa inci jalan raya atau terowong sudah dibina?

6. Jika projek ini tidak diberikan kepada Boustead yang dimiliki oleh LTAT, maka SIAPAKAH KONSORTIUM ATAU SYARIKAT TERBAIK seterusnya yang mempunyai pengalaman industri yang betul serta limbungan pembinaan kapal yang diperlukan untuk diberikan projek ini? Bolehkah anda namakan satu syarikat tempatan yang lebih layak?

Soalan Bonus: Tolong tunjukkan saya bukti bahawa Najib pernah campur tangan dalam menukar jenis kapal dari Sigma kepada Gowind atau bahawa Najib pernah mengambil wang daripada projek ini.

RUJUKAN: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/pfbid02xirKwK1Yu6xxtUZq8FJnXM8bYmt23o7NJW4qQ6GcqR5L8NLDjb8Yvwg2MftBonMcl 

11/08/2022

#BONGKAR: PENGUASAAN WARGA ASING DIBUMI MALAYSIA


08/07/2022

#SEJARAH SELEMPANG MERAH & KIYAI HJ. SALLEH


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916.

Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor.

Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah
Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad.  Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin AbuBakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas MENDAPAT PERKENAN SULTAN IBRAHIM dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat , Johor.

Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang
BANGKIT MENENTANG KEKEJAMAN KOMUNIS semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II.

JASA

Kepimpinan Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan pihak Tentera Jepun di tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945. Di Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.

Sebelum ketibaan pihak British,
PIHAK KOMUNIS yang dikenali sebagai ASKAR BINTANG TIGA yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah payung Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan BERTINDAK KEJAM terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun.

Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya mereka yang di dapati bersalah akan DIKENAKAN HUKUMAN MATI.  Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor.

Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.

Dengan HANYA BERSENJATAKAN PARANG PANJANG dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar.

Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan GELARAN TENTERA PARANG PANJANG dan 'SELEMPANG MERAH iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.

Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengikutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga
melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.

Walauapapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim
BERJAYA MENYEKAT KEGIATAN ASKAR BINTANG TIGA pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.

Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima.

Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah
mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.

TENTERA SELEMPANG MERAH

Tentera Selempang Merah berasal dari  JohorMalaysia di bawah pimpinan seorang kiai yang bernama KIAI SALLEH yang penuh dengan ilmu kebatinan Melayu.

Tentera Selempang Merah ini menjadi terkenal selepas kekalahan tentera Jepun. Apabila 
Bintang Tiga mengamuk den membunuh tokoh agama dan pemimpin kampung, Tentera Selempang Merah tampil mempertahankan masyarakat Melayu dengan menyerang komunis dan tali barut mereka.

PERGERAKAN INI MEMBANTU MEMBANTUTKAN KEKEJAMAN KOMUNIS sehinggalah kehadiran kembali Tentera British ke Tanah Melayu  selepas  Perang Dunia II. Sewaktu kejadian 13 Mei, pasukan ini datang dari Johor untuk membantu orang melayu di Kuala Lumpur, bagaimanapun telah ditahan oleh pihak polis sebelum sempat membantu.

#PRU15: HADI SETUJU PAS GUNA LOGO PN


PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin berkata Bersatu dan PAS membuat keputusan akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

 “Perkara ini turut DIPERSETUJUI OLEH PRESIDEN PAS ABDUL HADI AWANG dan ia boleh disahkan oleh kepimpinan PAS. Sebagai contoh di Johor, parti yang bertanding bukan Bersatu sahaja sebaliknya PAS juga,” kata pengerusi PN itu menurut laporan Bernama.

 “Itu keputusan saya terima dan saya fikir keputusan itu masih kekal sehingga kini. Bagaimanapun, dari segi agihan kerusi ia belum diputuskan lagi,” katanya.

 Beliau turut mengakui ada beberapa parti yang cuba “mengetuk pintu” untuk menyertai PN, namun pihaknya berhati-hati untuk menerima.

 Terdahulu, Muhyiddin merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat dan Pelancaran Jentera PN Peringkat Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi PN Kelantan Ahmad Yakob yang juga menteri besar.

 Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan timbalan perdana menteri.

 Beliau yang juga presiden Bersatu berkata pertemuan itu telah diadakan beberapa hari lalu supaya perjanjian PN dengan perdana menteri sebelum ini, dapat dipertimbangkan.


“Saya telah berjumpa dengan perdana menteri beberapa hari yang lepas, di mana saya telah mengutarakan beberapa perkara penting termasuk soal pelantikan dalam kerajaan, bukan sahaja mengisi kekosongan tetapi termasuk pelantikan-pelantikan baharu.

 “Kita tidak minta lebih daripada (perjanjian) itu tetapi hanya soal pelantikan timbalan perdana menteri dan menteri, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun serta peruntukan kerajaan,” katanya.

RUJUKAN: hKLIK DISINI DAN BACA

30/06/2022

#ISU BATU PUTIH: MB JOHOR BETUL: SAMAN TUN MAHATHIR

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi desak tindakan undang-undang diambil ke atas pengkhianat yang menyebabkan negara kehilangan Pulau Batu Puteh selama lamanya.

Siapakah pengkhianat itu? Walaupun tidak sebut nama, semua tahu Tun Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab.

Kita tidak lagi boleh berbuat apa apa. Tempoh merayu sudah tamat. Sebagai pengajaran kekal, TUN MAHATHIR MESTI DISAMAN DAN BAYAR GANTI RUGI. RM3 BILION paling sesuai. Baru padan.

Justeru, saya tawar diri untuk saman Tun Mahathir. Ini soal maruah kerana dia jual kedaulatan Johor dan negara.

Ramai tidak tahu pada 2 Febuari 2017 bekas Peguam Negara Apandi Ali hantar surat ke ICJ The Hague mohon semakan kehakiman Pulau Batu Puteh. ICJ tetapkan 11 Jun 2018 tarikh pendengaran.

Tetapi pada 14 Mei 2018 (empat hari selepas PH memerintah) Apandi Ali dipaksa bercuti (force leave) dan tempat beliau dipangku oleh Peguamcara Negara (Solicitor General).

Pada 28 Mei 2018 (18 hari Tun Mahathir jadi PM) Peguamcara Negara hantar surat kepada ICJ tarik balik permohonan semakan kehakiman. Ia tarikh hitam negara.

IA DIRAHSIAKAN. Rakyat hanya tahu bila tempoh merayu tamat. Rupanya Tun Mahathir telah batalkan permohonan semakan kehakiman. Apakah Kabinet tahu.

Apa muslihat Tun Mahathir?

Terkini, TUN MAHATHIR TETAP ANGKUH. Dia enggan hadiri siasatan Pasukan Petugas Khas Pulau Batu Puteh. Dia pengkhianat dan penjenayah. Tubuh segera RCI Pulau Batu Puteh

Rujukan: https://www.facebook.com/100044611321476/posts/606716634158709/


09/04/2022

#1MDB: MAHKAMAH AMERIKA MENJATUHKAN HUKUMAN TERHADAP PENCURI SEBENAR 1MDB.


Semalam mahkamah di Amerika telah memutuskan bahawa Roger Ng bersalah.


Roger Ng ada lah bekas pegawai tertinggi Goldman Sach .

 

Berusia 49 tahun telah bertukar bersama 'Boss' nya TIM LEISSNER dalam siri penipuan terhadap syarikat 1MDB.

 

Banyak perakuan terdapat dalam perbicaraan kes ini dan antaranya perakuan Tim Leisnner bahawa bekas GABENOR BANK NEGARA MALAYSIA TAN SRI ZETI AZIZ TELAH DI SOGOK UNTUK MELULUSKAN BON.

 

Sogokan itu di terima melalui Jho Low yang membuat bayaran dua kali kepada SUAMI ZETI IA ITU TAUFEQ AYMAN dan wang itu di bank-in ke dalam akaun bank mereka yang di buka di Singapura.

 

Dengan keputusan ini , MAKA JELAS LAH SIAPA PENCURI SEBENAR 1MDB dan mereka mereka tidak akan bertindak balas terhadap Najib Razak.

 

Rujukan: https://my-news.online/2022/04/09/mahkamah-amerika-menjatuhkan-hukuman-terhadap-pencuri-sebenar-1mdb/

06/04/2022

#COVID-19: KHAIRY DAN NOOR HISHAM DIHADAP KE MAHKAMAH ANTARABANGSA


MALAYSIA BAKAL MENJADI NEGARA PERTAMA DUNIA
berjaya membawa kes AEFI atau kematian akibat vaksin Covid-19 ke mahkamah sivil, jenayah dan semakan kehakiman sekaligus...

Dimana KHAIRY JAMALUDDIN, NOOR HISHAM dan lain-lain mungkin diheret ke ICJ dan ICC di Belanda serta Mahkamah Tinggi di Malaysia atas jenayah kemanusiaan terhadap rakyat...

Satu sidang akhbar telah dibuat oleh firma guaman Tetuan Mohamad Zainuddin & Co untuk mengumumkan kejayaan mereka mendapatkan perintah "ex-parte award" daripada TRIBUNAL KHAS ADJUDIKASI COVID-19 berkenaan "Vaksin Pramatang Experimental Beracun" yang dikeluarkan oleh Mahkamah Timbang Tara Malaysia...

Mahkamah Timbang Tara ialah sebuah organisasi yang diakui di peringkat antarabangsa, seperti mana Permanent Court of Arbitration atau PCA di The Hague, Belanda...

16/01/2022

#PENGEDAR DADAH UTAMA: ADAKAH DAP TERLIBAT SECARA LANGSUNG???


Adun Pasir Bedamar dibebas lepas ditahan kerana
POSITIF DADAH

Adun DAP Pasir Bedamar, TERENCE NAIDU dibebaskan daripada tahanan selepas ditahan semalam kerana didapati positif bahan terlarang.

Peguamnya RSN Rayer mengesahkan perkara itu dengan Malaysiakini.

“Ya dia (Terence) ditahan.

“Saya hadir prosiding reman hari ini.

“Mereka (polis) meminta empat hari dan saya membantah reman itu. Mahkamah memerintahkan (untuk) dia dibebaskan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Terence, 54, menyandang jawatan Adun selama dua penggal.

Bernama sebelum ini melaporkan seorang Adun Perak ditahan dalam serbuan polis di sebuah kelab malam di Perai, Bukit Mertajam malam tadi.

Dia kemudiannya ditahan selepas didapati positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen itu menetapkan bahawa mana-mana orang yang mengambil atau memberikan kepada dirinya sendiri apa-apa dadah berbahaya adalah bersalah. Mereka yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Jabatan Siasatan Narkotik Polis Pulau Pinang Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan 47 yang lain turut ditahan dalam serbuan jam 9 malam itu.

 KLIK DISINI UNTUK BUTIRAN LANJUT:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...