Selasa, 15 Jun 2021

KERAJAAN GAGAL TAK MAMPU HIDUP LAMA


Kerajaan PN kata ekonomi negara akan rugi RM2.4 bilion sekiranya full lockdown seperti PKP 1.0 dibuat.

Tadi, PM8 dedah bahawa ekonomi sedang hilang RM1 bilion sehari dalam "Total" Lockdown Fasa 1 ini.

Maksudnya RM1.4 bilion sehari masih beria-ria dijana oleh pemilik kilang, syarikat pembinaan dan 120,000 buah syarikat "essential" yang diluluskan MITI.

Jadi, agaknya pihak dan sektor mana pula yang sedang tanggung bahagian besar kerugian RM1 bilion sehari dalam tempoh ini?

Rakyat biasa, peniaga-peniaga kecil dan sektor-sektor yang dah lama tidak dibenar beroperasi seperti sektor pelancongan dan hiburan.

Sebab itu, Total Lockdown perlu adil pada semua.

Bukan menghukum mereka yang paling tidak mampu, paling tidak dapat bertahan dan tidak patut dihukum.

Sekiranya perlu berkorban, kita sama-sama berkorban untuk beri impak maksima bagi memutuskan rantaian Covid secepat mungkin.

Bukan terus dihukum sehingga bulan Disember.

KLIK DISINI

 

Isnin, 14 Jun 2021

KETUA PENERANGAN PPBM AKUI KELEMAHAN KERAJAAN PN???


Sesiapa yang membaca PENDEDAHAN KETUA PENERANGAN PARTI PPBM ini sudah tentu akan naik darah- kecuali anda merupakan JKOM atau ahli parti PPBM.

Dia mengaku bukan kesemua keputusan dibuat kerajaan akan betul.

Tapi tak apa jika kesilapan dibuat sebab besar kemungkinan ia dapat diperbaiki nanti, kata dia.

Masalahnya ialah pandemik ini bukan masa untuk kerajaan main tikam-tikam.

Bukan masa buat trial and error. Untuk kamu membuat kesilapan.

Sekiranya keputusan tersilap atau salah, kehidupan dan keselamatan 32 juta Rakyat Malaysia akan terbeban dan terancam.

Nyawa manusia akan terkorban secara sia-sia.

Jumaat, 11 Jun 2021

IDEA LAPOK DARI ATUK UNTUK MENUBUHKAN MAGERAN


SHAH ALAM - Banyak pilihan lain masih terbuka selain penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti dicadangkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang juga merupakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pakar Undang-undang dan Perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai pilihan yang luas dalam membentuk kerajaan memerintah ketika darurat disebabkan pandemik Covid-19.

Menurutnya, Seri Paduka Baginda tidak terikat dengan peruntukan Perlembagaan yang dalam keadaan biasa hanya boleh melantik ahli Parlimen daripada kalangan ahli Dewan Rakyat dan senator.

"Malah, (Yang di-Pertuan Agong boleh melantik sesiapa sahaja) sebagai pengerusi atau ketua Mageran pun, dengan menggunakan kuasa darurat (Yang di-Pertuan Agong) boleh melantik orang yang tidak semestinya mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

"Oleh itu, bukan sahaja ahli Parlimen yang boleh menjadi pilihan Yang di-Pertuan Agong, malah teknokrat, ahli korporat dan negarawan yang mempunyai pengalaman mentadbir negara dan mahir dalam profesion mereka boleh dilantik untuk menjadi ahli mahu pun pengerusi Mageran atau kerajaan darurat," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Dalam pada itu, Khairil Azmin berkata, fokus utama negara dan kerajaan ketika ini ialah mencari jalan penyelesaian masalah dan mengatasi kekurangan yang ada sekarang untuk mempertingkatkan lagi kawalan terhadap pandemik Covid-19.

Artikel Penuh : BERSAMBUNG KLIK DISINI

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...