Translate

28/09/2019

KPN LEBIH SUDU DARIPADA KUAH !!!!!

PENGARUH PENGGANAS HARIMAU PEMBEBASAN TAMIL EELAM (LLTE) DALAM KALANGAN MASYARAKAT HINDU DI MALAYSIA AMAT MEMBIMBANG.
Selepas beberapa siri pendedahan aktiviti kumpulan pengganas itu dan PENGLIBATAN KALANGAN AHLI POLITIK PAKATAN HARAPAN, muncul beberapa video tular yang menunjukkan ketaksuban dan pengaruh buruk LTTE.
Dalam satu video, beberapa penyokong LTTE dilihat bersikap kurang ajar dengan anggota polis yang menahan kumpulan itu berarak membawa bendera kumpulan pengganas tersebut.
Ahli kumpulan itu turut menengking anggota polis yang secara profesional menyoal tindakan mereka.
Malah kelihatan seorang ahli kumpulan itu memegang gambar pemimpin LTTE.
Satu lagi video pula menunjukkan seorang penyokong LTTE secara terang-terangan mengakui menyokong perjuangan pengganas dari Sri Lanka itu.
Penularan video-video tersebut dalam media sosial mengundang kebimbangan rakyat tentang ancaman dan pengaruh kumpulan itu di negara ini.
Pada bulan lalu, polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penularan video LTTE.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador baru-baru ini juga MEMBERI AMARAN (TAPI TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN, CAKAP AJE......) - bahawa tindak tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang dikesan MENGAGUNG-AGUNGKAN PERTUBUHAN PENGGANAS dari luar negara seperti yang viral di media sosial ketika ini. – 28 September 2019.
Rujukan: KLIK DISINI

16/09/2019

RATU LGBT MALAYSIA BERSUARA SAPERTI PM PH

1. Penulisan ini DITUJUKAN KEPADA MARINA MAHATHIRPENGASAS LGBT MALAYSIA yang mengatakan jika PH kalah pada PRU lepas ke manakah hala tuju negara. Beliau mendakwa negara seolah-olah tiada hala tuju jika diperintah lagi oleh BN.

2. Jika BN masih memerintah, 1.3 juta pekerjaan dapat diwujudkan melalui projek Malaysian Vison Valley seperti yang dijanjikan dalam manifesto.

3. Jika BN masih memerintah, kadar pengganguran akan menurun melalui Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) yang menawarkan bayaran sehingga RM 2000.00 kepada graduan. Pada masa yang sama, biasiswa kepada pelajar juga akan terus diberikan melalui program MyBrain15.

4. Jika BN masih memerintah, sebuah bank khas akan ditubuhkan bagi menguruskan pinjaman Perumahan Mampu Milik dan Perumahan Kos Rendah yang berharga RM300,000 dan ke bawah melalui program 1Negaraku.

5. Jika BN masih memerintah, lebih banyak Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi memudahkan urusan rakyat dan membantu usahawan-usahawan kecil.

6. Jika BN masih memerintah, BR1M akan diperkasa dengan peningkatan yang lebih tinggi untuk membantu rakyat Malaysia.

7. Jika BN masih memerintah, pelbagai lagi inisiatif akan dilakukan kerajaan untuk meningkatkan sosioekonomi rakyat yang merangkumi penduduk bandar dan juga luar bandar.

8. Jika BN masih memerintah, negara akan mempunyai hala tuju yang jelas dengan adanya dasar awam yang cekap seperti Program Transformasi Ekonomi yang akan memacu pendapatan negara kasar (GNI) kepada AS $ 523 bilion menjelang 2020.

9. Jika BN masih memerintah, rakyat tidak dizalimi seperti hari ini dengan ingin memansuhkan skim pencen penjawat awam, memansuhkan bantuan tanaman semula kepada pekebun kecil, memansuhkan MyBrain15, berlakunya pepecahan perpaduan, kelembapan ekonomi serta pelbagai lagi masalah lain.

10. Realiti politik hari ini jelas membuktikan negara TIADA HALA TUJU APABILA DIPERINTAH PH. RETORIK POLITIK PEMIMPIN PH DAPAT DINILAI RAKYAT SEBAGAI SATU PEMBOHONGAN kerana terbukti dengan fakta bahawa keadaan negara semakin lemah apabila diperintah PH.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu.

15/09/2019

RINTIHAN SEORANG DATO' TERHADAP KERAJAAN YANG DIPIMPIN OLEH SEORANG DIKTATOR !!!

BUKAN SATU, BUKAN DUA, TETAPI LEBIH DARIPADA 1.5 JUTA KAWAN-KAWAN SERTA RAKAN-RAKAN KAMI YANG BERBANGSA CINA, mengadu sangat inginkan pembubaran parlimen dengan segera, kerana tidak tahan dengan cara ekonomi negara dikendalikan hari ini!

Begitu ramai sekali, SERTA PERSATUAN-PERSATUAN CINA yang lain, telah pun menyuarakan ketidakpuasan mereka ke atas semua yang terjadi sehingga ke hari ini !

Mereka merayu supaya kami membuat sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih tenat !

Semua kaum harus berganding bahu memberontak dan menggulingkan mereka !

ADAKAH PARTI-PARTI PEMBANGKANG BERANI MENJEMPUT KAMI UNTUK BERTINDAK BERSAMA-SAMA ?

Adakah rakyat berani keluar daripada comfort zone dan meluahkan perasaan yang sebenarnya ?

Atau memilih berdiam diri dan mengecut kerana takut sangat kepada SEORANG DIKTATOR !

Dulu mereka menyeru anda supaya berguling-guling di atas jalanraya, tetapi di mana mereka berada sekarang dan di mana anda berada hari ini ?

Dulu mereka menipu anda semua supaya mereka diberikan mandat mentadbir, tetapi apa yang telah berlaku ?

Tidakkah anda menderita hari ini dengan KEADAAN EKONOMI YANG AMAT TENAT DAN MERUNSINGKAN, sedangkan mereka dapat gaji yang banyak, mempunyai kereta-kereta mewah, duduk dalam rumah-rumah yang besar, pergi melancung bawa isteri dan anak ?

Duit ini adalah duit anda sebenarnya !

Apa pula cerita dengan duit dalam tabung yang kononnya ada harapan ?

Tak kan anda semua begitu bodoh sekali memilih duduk diam sambil-lewa menonton tayangan ini dipaparkan di depan mata !

Tak kan anda semua begitu bodoh sekali tidak berani berdiri tegak dan menuntut hak-hak anda masing-masing !

Tak kan hanya negara-negara yang maju sahaja yang berani bertindak !

Kami menyeru anda semua supaya...

Bangkit dan lawan !

Jangan duduk diam !

Jangan jadi pengecut !

BANGKIT DAN LAWAN !

BERSAMALAH DENGAN KAMI MENGGULINGKAN REJIM YANG PALING JAHAT DALAM SEJARAH NEGARA !!!

Rujukan: KLIK DISINI

09/09/2019

RAKYAT BANTAH TERBITKAN BON SAMURAI NGONG

PARTI GERAKAN KECEWA apabila kerajaan menerusi Kementerian Kewangan bersedia untuk bertindak sekiranya terbitan bon Samurai kali kedua diteruskan.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatut memberi tumpuan melaksanakan dasar yang boleh merangsang ekonomi dan bukan dengan hanya menerbitkan bos.
Malah tegas beliau, kerajaan digesa untuk MELAKSANAKAN SEMULA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST) daripada mengeluarkan bon untuk membayar hutang.

"Kerajaan harus memberi tumpuan dengan melaksanakan dasar yang akan membantu membangunkan ekonomi sekali gus membolehkan negara menjadi berdikari dan progresif daripada menerbitkan bon dan bergantung pada hutang.
"Walaupun hutang kerajaan pada masa kini adalah normal dalam kalangan negara maju dan membangun namun jika hutang negara semakin bertambah buruk, generasi baharu akan memikul hutang besar ini seterusnya akan menjadi barah kepada negara," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya menunggu arahan selanjutnya daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataanya di Kyoto, Jepun pada Sabtu lalu bahawa Malaysia mahu terbitan bon Samurai kedua diteruskan.
Rujukan: KLIK DISINI

06/09/2019

MAHATHIR AKAN DITUDUH DIMAHKAMAH

MAHKAMAH RAYUAN TELAH MENOLAK RAYUAN PERDANA MENTERI, Dr. Mahathir, untuk mengembalikan semula saman beliau yang memihin perisytiharan untuk membatalkan Lapuran Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga matawang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1990'an...

Hakim Ahmadi yang bersidang bersama Hakim Datuk Lau Bee Lan dan Hakim Datuk Has Zanah Mehat berkata, "Seksyen 22 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 memperuntukkan budi bicara yang meluas kepada RCI untuk mengawal selia urusannya dan prosedurnya sendiri, termasuk mengumpul laporan serta peraturan peraturan untuk laporan itu dipersembahkan kepada SPB YDP Agong"...

"Kami juga berpendapat bahawa bukanlah peranan mahkamah ini untuk memberitahu RCI bagaimana untuk mengendalikan urusannya" (BACA DI SINI)...

Kes Skandal FOREX Berjumlah RM31.5Bilion

04/09/2019

TERBONGKAR JUGAK AKHIRNYA - TUN MENGAKU FITNAH

Dalam satu sidang media AKHIRNYA TUN MAHATHIR MENGAKUI bahawa pihak pakatan harapan (dulu pembangkang) di negara ini menggunakan bantuan media asing untuk memainkan isu-isu persepsi tentang 1MDB.

AKHIRNYA SUDAH TERBONGKAR siapa dalang sebenar yang mengubah dokumen dokumen yang diperolehi menerusi Xavier Justo untuk membuat cerita rekaan dan palsu tentang 1MDB di luar negara.

Malah pada tahun 2015 lagi, facebook Kelab Sayang Tun Dr Mahathir, SSTDM sudah mengesahkan dalam satu posting bahawa TUN MAHATHIR ADA BERTEMU JUSTO UNTUK MENGAMBIL DOKUMEN TERTENTU.

SSTDM menulis “Kalau Untuk Pengesahan Apa Salah nya … takkan nak terima saja tanpa Dokumen Pengesahan Melalui Perjumpaan empat mata…”. Semenjak tahun 2015 lagi, pihak Polis Di Raja Malaysia bersama polis Thailand telah menyiasat bekas Pengarah Eksekutif IT PetroSaudi, Xavier Andre Justo.

Dalam satu temubual dengan Justo di penjara Thailand, PDRM mendapat maklumat bahawa gerakan untuk mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah dibuat menerusi PENGUBAH-SUAIAN DOKUMEN 1MDB DAN PETROSAUDI.

Dalam transkrip perbualan Whatsapp telefon Justo turut dijumpai perbualan beberapa orang pemimpin pakatan harapan, orang kanan Mahathir dan Claire Rewcastle Brown, Editor Sarawak Report yang berkonspirasi untuk MENJATUHKAN NAJIB DAN KERAJAAN MENGUNAKAN DOKUMEN PALSU ITU.

Dalam satu temubual dengan News Straits Times, Singapura, JUSTO MENYEBUT NAMA TUN MAHATHIR SEBAGAI SALAH SEORANG YANG TERLIBAT. Justo menyatakan orang kanan Mahathir ada berjumpanya untuk mengambil dokumen tetapi akhirnya tidak membayar sejumlah wang yang dijanjikan kepadanya.

Lebih teruk lagi dalam perbualan Whatsapp itu Claire Brown berkata mahu meraikan kejayaan menumbangkan Najib dengan segelas arak. Malah Claire Brown telah berjumpa dengan Mahathir selepas itu. Bergambar sekali lagi.

Rupanya bukan sekalidua mereka berjumpa tetapi banyak kali termasuklah di London semasa Hari Raya Puasa tahun lepas.

DENGAN PENGAKUAN MAHATHIR itu, ianya mengesahkan segalanya, siapa dalang sebenar yang mahu menumbangkan Najib sejak 2015 lagi menggunakan 1MDB sebagai isu dan senjata politik bagimenumbangkan kerajaan.

1MDB SEBENARNYA HANYA SCAPEGOAT, bukanlah isu pun.

Duit RM42 billion yang didakwa oleh Mahathir sebagai hilang tidak pun hilang. Ia telah dijelaskan oleh CEO 1MDB, Azrul Kanda berulang kali.

Kapal layar, lukisan dan kapal terbang yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB pun ternyata tidak benar.

Termasuklah dakwaan kononnya ada RM430 juta duit 1MDB di Switzerland, juga tidak benar apabila perkara tersebut sudah dua kali ditolak oleh parlimen Switzerland.

SEMUA INI CERITA REKAAN DAN PALSU kerana dokumen dan sumber yang diguna untuk tumbangkan Najib itu adalah semata mata berdasarkan DOKUMEN YANG DIUBAH SUAI OLEH SARAWAK REPORT (SR). Malah portal Malaysian Insider pun sudah ditutup apabila pendedahan oleh Justo itu dibuat.

SYED SADDIQ, TUKANG CANANG BERITA PALSU dan kini Menteri Belia dan Sukan juga sudah membocorkan rahsia bahawa Tun Mahathir sudah memberi AS$5 juta kepada Yayasan Clinton untuk membayar pihak media asing untuk kempen propaganda menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Sebelum ini pada 10 April 2016, Tun Mahathir dalam satu temubual dengan The Weekend Australian turut menjemput campur tangan asing dalam politik negara.

Jadi apa yang Wan Saiful Wan Jan, yang baru dua tiga hari masuk PPBM dedahkan tentang campurtangan asing menerusi Cambridge Analytica akhirnya terkena ke atas batang hidung anak Tun Mahathir sendiri.

Puas Mukhriz bersilat menafikan, tetapi akhirnya peluru yang ditembak oleh Wan Jan itu memakan diri sendiri bila Azrin Zizal, BEKAS PEGAWAI MEDIA MUKHRIZ MENDEDAHKAN CERITA YANG SEBENARNYA.

Ramai sudah keluar parti PPBM kerana tahu agenda peribadi Tun Mahathir ini sejak mula. Mereka tahu 1MDB bukanlah isu pun.

Mahathir sebenarnya yang tidak berpuashati apabila kroninya tidak lagi mendapat projek berbillion ringgit menerusi IPP.

KERANA HENDAK ANAK SENDIRI JADI PERDANA MENTERI, kerana agenda kroni-kapitalisyang menjadikan beliau dan anak-anak menjadi kaya raya kerana CASH IS KING, katanya. Mahathir sudah menjadi pengkhianat kepada bangsa dan negara sendiri.

Undang campur tangan asing untuk menjatuhkan kerajaan demokrasi di negara ini dicemari. Malaysia belum lagi dijajah oleh negara China seperti yang didakwa oleh pemimpin dan macai-macai PH.

Yang terjajah dan tergadai adalah pakatan haram jadah Malaysia. Mereka sudah menodai dan menggadai diri kepada kuasa dan tangan-tangan asing semata-mata untuk MENANG PRU14, PILAHANRAYA YANG PALING KOTOR DALAM SEJARAH DUNIA .

(MAHATHIR MOHAMAD).

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...