Translate

26/10/2018

TERANG DAN JELAS DASAR KOMUNIS MENGHINA PEMERINTAHAN ISLAM

KOTA BHARU - PENULARAN SURAT YANG DIKAITKAN DENGAN PENDAHULUAN KEWANGAN UNTUK KERAJAAN KELANTAN BOLEH MENGAIBKAN NEGERI INI, di samping membuktikan ketidakupayaan integriti kerajaan PH.

Pemerhati Politik, Mohd Sayuti Omar berkata, surat permohonan pendahuluan  Kerajaan Kelantan itu tidak seharusnya ditularkan dan LIM GUAN ENG SEBAGAI MENTERI TIDAK PERLU MENGGUNAKAN CARA TERSEBUT UNTUK MEMBUKTIKAN APA YANG DINYATAKAN.

MENTERI TIDAK PERLU PUN MENDEDAHKAN SURAT ITU kerana ia bersifat ‘RAHSIA’. Guan Eng mengambil tindakan kurang bermoral itu sebagai membelanya apabila beliau dituduh memfitnah Kerajaan Kelantan. Tuduhan itulah menjadi punca kenapa Guan Eng mendedahkannya.

“Tidak menjadi masalah kalau Guan Eng hendak bela diri dan maruahnya, tetapi tidak wajar menunjukkan surat itu kerana ia dokumen peribadi kerajaan. Diharap lain kali, pihak berwajib dapat menjaga integriti dan menghormati di antara satu sama lain berkaitan prosedur yang dibenarkan.

21/10/2018

TAHNIAH PM LETAK JAWATAN

LANGKAWI - MAJLIS PERJUMPAAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad BERSAMA PERSATUAN PEMANDU TEKSI DI LANGKAWI HARI INI KECOH seketika apabila beberapa orang ahli persatuan bertindak biadab keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.

Kira-kira 10 orang pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.

Kekecohan itu hanya berlaku kira-kira dua minit dan selepas keadaan reda, Dr Mahathir berkata beliau sebagai perdana menteri hanya cuba untuk membantu golongan pemandu teksi untuk memulihkan kembali pendapatan mereka.

“Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendirilah. Tengok apa jadi. Saya nak tolong. Tapi kalau tak ada bantuan kepada saya, saya tak boleh tolonglah.

SAYA BUKAN NAK JADI PERDANA MENTERI. SAYA BERSARA DAH TAPI ORANG PANGGIL BALIK. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak saya jadi perdana menteri HARI INI PUN SAYA LETAK JAWATAN. Tak ada masalah bagi saya,” katanya. - Bernama

18/10/2018

MB JOHOR KUDA TUNGGANGAN ATUK MADEY

“SAYA KATA TERPULANG TUN, INI IDEA TUN. JIKA TUN MAHU JAMBATAN DITERUSKAN SAYA HANYA IKUT,”

Ini merupakan kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Osman Sapian menerusi portal rasmi Astro Awani semalam (16 Oktober 2018). SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG, itulah perumpamaan yang amat sesuai untuk ditujukan kepada Menteri Besar Johor, Osman Sapian. Melihat kepada kenyataan ini, jelas sekali Osman Sapian tidak menolak sama sekali pelaksanaan Projek Jambatan Bengkok yang menjadi idaman kalbu Tun Mahathir sejak sekian lama.

Lebih menghairankan, sebelum ini beria-ia Kerajaan Pusat membatalkan projek-projek mega di Malaysia dengan alasan kewangan negara yang tidak mengizinkan. Jadi HUTANG NEGARA YANG KATANYA 1 TRILION ITU HANYA MOMOKAN sahajalah? Dan maknanya negara tidak jadi hendak muflislah?

Bukan hanya Projek Mega sahaja malah projek-projek di Johor yang memberi banyak manfaat kepada rakyat Johor juga dibatalkan seperti Projek Pembinaan Masjid di Pengerang, Projek Jambatan di Pontian dan lain-lain lagi.

Terbaru, dengar cerita PROJEK PEMBINAAN HOSPITAL PASIR GUDANG JUGA BAKAL DITUNDA dan akan dikaji semula. Maklumlah bila ‘orang-orang atasan’ keluarkan kenyataan ‘akan dikaji semula’ faham-faham sahajalah apa yang bakal jadi. Saya yakin, peluang untuk meneruskan semula Projek Pembinaan Hospital Pasir Gudang ini sangat tipis.

Jadi LOGIKKAH JIKA PROJEK JAMBATAN BENGKOK INI DITERUSKAN semula bila hampir setiap hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita bahawa kewangan negara dalam keadaan parah? Bila hendak sambung semula Projek Jambatan Bengkok ini mana perginya alasan yang projek ini akan merugikan Malaysia dan hutang negara semakin banyak itu semua? Tiada….

14/10/2018

ADAKAH KITA NAK BIARKAN PH MEMERINTAH CARA SEBEGINI RUPA???

APA AKAN JADI DENGAN MALAYSIA DALAM 4 TAHUN BERBAKI???

Pelbagai cerita dan tindakan yang tak pernah kita dengar pun selama ini tetapi hari ini perkara aneh itu menjadi kebiasaan.

Sebelum ini Najib dan BN digelarkan kerajaan perompak dan pelbagai bahasa yang amat kasar.  Setiap sen duit kerajaan bisa dihitung oleh pak mat di kampung dan mak minah di ulu pendalaman. Itu semua duit rakyat katanya. Harga minyak dikira naik turunnya. GST di teliti dari setiap bil.

Hidup pula dikatakan susah dan rakyat makin miskin. Peneroka masih mengeluh harga sawit yang ketika itu RM600 satu tan dan katanya bila la buah nak mahal ni. Felda dituduh katanya menjerut peneroka tapi sekarang harga buah tinggal RM280 saja.

Anak muda bangga berarak mahukan PTPTN mereka dihapuskan kerana banyak negara pendidikan percuma kata mereka. Lepas belajar terus kawin dan beli kereta tinggal menyewa bukan rumah flat tapi teres yang sewaan RM1,000 keatas. Dapat anak merungut katanya susu mahal dan lampin semua mahal.

Penjawat awam makin berani. Katanya kerja dalam tekanan kerana tugasan dan bermacam arahan dari kerajaan kerana polisi. Cikgu lantang di kantin mengutuk kerajaan ketika itu dengan isu yang mereka sendiri tidak tahu pangkal hujungnya.

11/10/2018

WAN JIJAH DAH GILA NAK JADI PM PULAK

KUALA LUMPUR 11 Okt. – KENYATAAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, DATUK SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL BERKENAAN TAWARAN JAWATAN PERDANA MENTERI KEPADANYA oleh Yang di-Pertuan Agong adalah tidak wajar.

Pengerusi Hisbah Centre For Reform (Hisbah), Datuk Mohd. Ezam Mohd. Nor berkata, setelah lebih 100 hari memerintah negara, kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) seharusnya berada di tahap maksimum bekerja untuk rakyat dan bukan lagi mengheret persoalan lalu.

Lebih memeranjatkan, katanya, perkara yang dibicarakan adalah tentang titah Yang di-Pertuan Agong dalam pertemuan tertutup di Istana Negara yang seharusnya dipelihara kehormatannya.

BERHENTI BERBICARA SOAL JAWATAN, TUMPU PERHATIAN KEPADA KERJA YANG DIMANDAT OLEH RAKYAT DENGAN GAJI YANG DIBAYAR RAKYAT. Jawatan bukan untuk dibuat sebagai pesona atau kemegahan sebaliknya jawatan adalah amanah.

“Lebih-lebih lagi dalam PRESTASI AHLI KABINET YANG MASIH BELUM MENDAPAT KEYAKINAN TINGGI RAKYAT,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Wan Azizah dalam lawatan kerjanya di Indonesia semalam mengakui PERNAH DITAWARKAN MENJADI PERDANA MENTERI selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

Mohd. Ezam menambah, tugas seorang Timbalan Perdana Menteri adalah membantu Perdana Menteri dan bukannya menguar-uarkan dirinya pernah ditawarkan ke jawatan orang nombor satu negara itu.– UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: KLIK DISINI  © Utusan Melayu (M) Bhd

08/10/2018

#PH: KERJA TAK BUAT, CARI SALAH ORANG SAJA

PUTRAJAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta BERHENTI DARI TERUS MENCARI SALAH KERAJAAN TERDAHULU sebaliknya didesak untuk melaksanakan tugas sebagai kerajaan yang baik.

Exco Pemuda Umno, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata PH yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamed perlu membuktikan rakyat yang memilih mereka tidak ditipu dan menunjukkan mereka lebih baik dari BN.
Shahrul Nasrun berkata sepanjang lima bulan atau 200 hari negara di bawah kerajaan baharu, tidak banyak masalah rakyat yang berjaya diatasi.

"Pemimpin PH juga tidak lagi menjadi juara dalam isu-isu rakyat sebaliknya lebih banyak bermain dengan sentimen konon Kerajaan hari ini sedang memperbaiki segala kerosakan yang berlaku sepanjang 60 tahun negara di bawah BN," katanya.

Tambahnya harapan tinggi rakyat terhadap PH tidak menjadi kenyataan malah KERAJAAN PH MULA DIANGGAP TERUK berbanding BN disebabkan keputusan dan tindakan yang telah diumumkan setakat ini TIADA SATU PUN YANG BENAR-BENAR MEMBERI MANFAAT KEPADA RAKYAT.

" Sepanjang lima bulan di bawah Kerajaan PH lebih 400 projek rakyat dibatalkan hanya kerana ia adalah dasar daripada kerajaan terdahulu sedangkan projek-projek ini memberi manfaat kepada rakyat dari golongan B40," katanya.

Selain itu beliau berkata langkah dan tindakan populis kerajaan PH dalam MEMANSUHKAN GST DAN KEMBALI KEPADA SISTEM SST MULA DILIHAT SEBAGAI KEGAGALAN TERBESAR KERAJAAN PAKATAN HARAPAN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...