Translate

24/09/2018

MUFTI AKHIR ZAMAN

KUALA LUMPUR - Cadangan menurunkan had umur minimum perkahwinan seorang perempuan kepada 14 tahun dianggap sebagai SATU TINDAKAN YANG GILA.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui Twitternya yang mempersoalkan cadangan tersebut berkata ia juga sebagai TINDAKAN TIDAK MASUK MASUK AKAL.

 “Jadikan umur perkahwinan untuk kanak-kanak perempuan kepada 14 tahun sebagai sah? Apa yang sedang berlaku di negara ini? Ini betul-betul gila,” katanya.

Kenyataan Tunku Ismail itu sebagai respon terhadap MUFTI SABAH, DATUK BUNGSU @ AZIZ JAAFAR berkenaan menurunkan had umur minimum perkahwinan kepada 14 dan 16 tahun masing-masing bagi remaja perempuan dan lelaki.

Sumber: KLIK DISINI

15/09/2018

MADEY HANYA MEMENTINGKAN ANAK2 DAN KRONINYA

PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) boleh memainkan peranan untuk menonjolkan akan pentingnya mempunyai kereta nasional ketiga yang akan membantu memacu pembangunan dan pembinaan negara.

Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, MIGHT boleh memainkan peranan besar dalam memberi penjelasan kepada rakyat berhubung cadangan itu serta untuk menyokong industri lain Malaysia dalam mewujudkan ekonomi seimbang.

‘’Kami telah diberikan taklimat dan saya fikir MIGHT boleh memainkan peranan besar, untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan untuk menyokong industri kerana industri hanya boleh mencatat pertumbuhan apabila rakyat menerimanya,,’’ katanya dalam wawancara eksklusif oleh The Third Age Media Association dan Bernama News Channel (BNC) baru-baru ini di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Beliau turut menjelaskan bahawa sebagai pengguna,
RAKYAT AKAN MENDAPATI SUKAR UNTUK MEMAHAMI akan keperluan untuk menggalakkan percambahan industri tempatan yang amat penting untuk mewujudkan peluang kerja baharu dan juga untuk meningkatkan keupayaan eksport ke negara lain kerana mereka lebih fokus untuk membeli produk, daripada menciptanya.

Susulan itu, beliau berkata kerajaan perlu memikirkan cara untuk membangunkan negara dan ini termasuk kapasiti untuk mengeluarkan barang termasuk projek kereta nasional ketiga untuk menjana aliran masuk wang.

‘’Kerajaan merasakan perlu untuk memperoleh keupayaan kejuruteraan yang bermakna kita perlu mengeluarkan dan menghasilkan untuk diri kita sendiri supaya barangan boleh dijual ke negara lain, di mana terdapat aliran masuk wang.

“Aliran keluar wang adalah tidak baik untuk negara, itu cara kerajaan berfikir,'' katanya.

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia untuk melihat kepada negara seperti Jepun, Korea Selatan dan China, yang amat terkenal bagi keupayaan kejuruteraan dan lebih berminat untuk mengeluarkan barang dan mengeksportnya, yang membolehkan mereka mencatat pertumbuhan baik dari segi ekonomi.

Pada 11 Jun, Dr Mahathir mendedahkan pada Persidangan Nikkei Ke-24 bagi Masa Depan Asia di Jepun bahawa kerajaan merancang untuk mengeluarkan kereta nasional ketiga selepas Proton dan Perodua.

MENGAKUI SESETENGAH RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENYAMBUT POSITIF CADANGAN ITU, Dr Mahathir berkata sebelum itu matlamatnya adalah untuk meningkatkan kapasiti kejuruteraan negara dan menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar daripada negara pengguna.

Ditubuhkan pada 1993, MIGHT, yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, memainkan peranan dalam mendapatkan konsensus dan penyelarasan bagi kerjasama Industri-Kerajaan dalam teknologi tinggi.

-- BERNAMA

11/09/2018

MAHATHIR MEMANG JAHAT DAN HATI BUSUK !!!

Pendedahan Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah MENDESAKNYA SUPAYA MENJADI PENDAKWARAYA KHAS perbicaraan Sodomi II Anwar Ibrahim telah membuka ‘PANDORA BOX’ yang paling digeruni oleh Perdana Menteri itu.
Menurut ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, pendedahan tersebut membuktikan DR MAHATHIR MENCAMPURI URUSAN NEGARA, MENGGUNAKAN UGUTAN DAN MENGUTAMAKAN AGENDA PERIBADI.
“Setelah tiga hari Shafee membuat kenyataan media, Perdana Menteri dan tali barutnya Matthias Chang masih membisu dan tidak menjawab pendedahan tersebut.
“Shafee adalah peguam tersohor dan ‘credible’. Sudah pasti kenyataan medianya bukan calang calang. Mana mungkin dia membuat kenyataan mengejutkan itu tanpa asas apatah lagi jika bertujuan fitnah,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

06/09/2018

"TAMAK" ITULAH PRINSIP HIDUP MASZLEE???

ADUN DAP GESA MASZLEE LEPAS JAWATAN

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunku, Lim Yi Wei menggesa Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik melepaskan jawatannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu.

Yi Wei yang juga Pengerusi Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Petaling Jaya Utara berkata, sebagai seorang ahli politik yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam Kementerian Pendidikan, memegang pula jawatan tertinggi di sebuah universiti jelas akan MEWUJUDKAN KONFLIK KEPENTINGAN.

“Sebagai seorang ahli akademik, Maszlee berkelayakan untuk jawatan itu tetapi sebagai ahli politik tertinggi di Kementerian Pendidikan, memegang jawatan tertinggi di sebuah universiti adalah satu konflik kepentingan yang jelas.

“Sama ada peranan presiden itu adalah eksekutif atau bukan eksekutif adalah tidak penting. Kita tidak seharusnya memusnahkan manifesto kita dengan kelemahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, Maszlee perlu segera melepaskan jawatan sebagai Presiden UIAM kerana pelantikan itu bertentangan dengan janji Ahli Parlimen Simpang Renggam tersebut UNTUK TIDAK MENCAMPURI URUSAN UNIVERSITI. - UTUSAN ONLINE

05/09/2018

KES LIM GUAN ENG: Penghinaan kepada SPRM

Tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas memohon menarik balik kes Lim Guan Eng di mahkamah sebagai PENGHINAAN KEPADA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) DAN JABATAN PEGUAM NEGARA, LAPOR BERITA HARIAN.
Ismail berkata, tindakan itu adalah titik hitam kepada sistem perundangan negara biarpun Tommy mempunyai kuasa untuk meneruskan atau menarik balik sesebuah kes.
“Tidak dinafikan Tommy mempunyai kuasa terhadap sesuatu kes berdasarkan perlembagaan, namun ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa alasan yang munasabah.
“Tommy perlu menjelaskan kapada rakyat mengapa permohonan menarik balik kes itu dilakukan,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera yakin sebagai badan bebas yang berintegriti tinggi, SPRM sudah menjalankan siasatan dengan telus dan profesional.
“Selepas siasatan selesai, barulah SPRM menyerahkan kertas siasat serta cadangan kepada pihak Jabatan Peguam Negara.
“Tommy pula akan meneliti dan mengkaji kertas siasatan. Jika didapati ada ‘prima facie’ kes maka barulah beliau menyediakan kertas pertuduhan dan seterusnya membuat pertuduhan di mahkamah,” katanya.
Katanya, ini bermakna sebelum Guan Eng dihadapkan ke mahkamah, beliau melalui prosedur yang sangat ketat dan lengkap, lebih-lebih lagi kes berkenaan sudah pun bermula dan sedang berjalan.
“SANGAT MENGHAIRANKAN MENGAPA TOMMY MEMOHON KEPADA MAHKAMAH UNTUK MENARIK BALIK KES INI, LEBIH-LEBIH LAGI KES ITU SUDAH BERJALAN DENGAN 25 SAKSI YANG DIPANGGIL.
“Penarikan balik kes ini MEMBERI IMPLIKASI YANG BESAR KEPADA SPRM yang seolah-olah Tommy tidak mempercayai siasatan SPRM sedangkan badan itulah yang mengetahui kes itu secara terperinci.
“Jadi, tidak hairanlah mengapa pihak SPRM JUGA TERKEJUT DENGAN TINDAKAN TOMMY,” katanya.
Katanya lagi, rakyat lebih terkejut kerana sebelum ini Tommy adalah peguam di dalam kes Guan Eng.
“Maka, wujud conflict of interest dalam kes ini apabila tindakan memohon menarik balik kes itu dilakukan.
Tindakan Tommy juga amat membimbangkan kerana beberapa kes yang membabitkan pemimpin Pakatan Harapan juga digugurkan sebelum ini,” katanya.
Jelasnya lagi, pihak kerajaan mesti mengambil tindakan memecat Tommy sekiranya terdapat elemen penyalahguna kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan bagi kepentingan politik individu.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...