Translate

30/05/2018

KERAJAAN PH BARU (21) HARI DAH MULA MENGARUT

KERAJAAN TUBUH TABUNG HARAPAN MALAYSIA TERIMA DERMA RAKYAT.  APA DAH JADI ???
Beliau berkata penubuhan tabung itu adalah bagi memastikan derma rakyat Malaysia yang patriotik akan sampai kepada Kementerian Kewangan.

“Terdapat ramai rakyat Malaysia (SEGELINTIR SAJA) apabila tahu kedudukan kewangan negara yang buruk, mereka sanggup memberi derma kepada kerajaan.”
“Kita mengalu-alukan SIKAP PATRIOTIK ??? mereka dan mengucapkan terima kasih,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Perdana Putra,  hari ini lapor Bernama.
Dr Mahathir berkata nombor akaun sumbangan itu akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.
Pengumuman mengenai hutang negara yang berjumlah RM1 trilion telah mendapat perhatian rakyat Malaysia baru-baru ini dengan ramai antara mereka menyatakan kesediaan untuk menderma kepada kerajaan bagi mengurangkan hutang tersebut di media sosial.

TAMBAHAN: BANTUAN KHAS HARI RAYA RM400 UNTUK KAKITANGAN AWAM GRED 41 KE BAWAH DAN RM200 UNTUK PESARA.  Pentadbiran Najib lagi baik.

29/05/2018

PENGERUSI PPBM TERENGGANU GUNA PERKATAAN “HERO” PADA RAFIZI ???

“TAK PAYAH TUNJUK HERO”. (perkataan yang tidak sesuai dipanggil kepada seorang pemimpin dan sesuai untuk filem Hollywood).  Itu reaksi Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menurut Razali, kemenangan PH sebahagian besarnya berikutan percaturan bijak Dr Mahathir merangka strategi, bukannya hasil kajian Invoke Malaysia (INVOKE).
Sambil menyifatkan kenyataan sensasi Rafizi itu bersifat peribadi dan boleh memecah-belahkan PH, beliau berkata sekarang bukan masa memperlekehkan sesiapa, sebaliknya mengambil peluang untuk membina semula negara.
Katanya, Rafizi mengambil jalan ke belakang dengan mencipta krisis dalaman antara komponen PH.
“Antara strategi ampuh yang disusun Tun M ialah bertanding menggunakan satu logo, mengumumkan Perdana Menteri dan timbalannya seandainya PH menang serta menyelesaikan isu pembahagian kerusi.
“Kalau ikut kajian INVOKE, PAS tak dapat satu kerusi pun di Terengganu dan Kelantan tapi apa yang berlaku, PAS menang dua pertiga sekali gus membuktikan kajian itu tidak tepat,” katanya dalam kenyataan media di Kuala Terengganu, hari ini.

28/05/2018

IKHLAS NAK SIASAT 1MDB ATAU NAK BERPOLITIK?

KUALA LUMPUR – KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH) DIMINTA BERHENTI MEMPOLITIKKAN SIASATAN KES 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jika benar-benar ikhlas mahu menyelesaikannya.

Veteran DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, jika hendak menentu siapa yang salah atau siapa yang betul, maka LAKUKANLAH SIASATAN DENGAN TELUS MENGIKUT LUNAS UNDANG-UNDANG.

“Kalau hendak menyiasat, siasatlah senyap-senyap dan fokus. Semasa dalam siasatan tidak boleh buat kenyataan, panggil sidang media dan kemudian membuat tuduhan kepada pihak-pihak tertentu.

DALAM SIASATAN ADA PROSEDUR. Seandainya ada pihak yang didapati bersalah semasa siasatan, dakwa atau lakukanlah pertuduhan kepadanya supaya yang dituduh dapat diadili di mahkamah.

27/05/2018

KP SPRM DATUK SERI MOHD SHUKRI ABDULL DINASIHAT LETAK JAWATAN

SHAH ALAM - KETUA PESURUHJAYA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull DIGESA MENGUNDURKAN DIRI daripada mengetuai agensi itu dalam menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saranan itu dibuat Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil, rentetan tindakan Mohd Shukri yang dilihat prejudis terhadap pelaku dalam kes berkenaan.

"Saya desak agar Datuk Seri Mohd Shukri ini supaya undurkan diri daripada menyiasat kes 1MDB ini.

"Sekiranya beliau mempunyai etika dan profesional dalam kerjanya beliau sepatutnya undurkan diri sebab beliau ada sentimen peribadi dan tidak profesional," katanya dalam Program FB Live Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk tindakan Mohd Syukri sebelum ini yang dilihat BERSIKAP PREJUDIS terhadap pelaku dalam kes 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media pertamanya, Mohd Shukri mendedahkan beberapa rahsia besar terkait 1MDB antaranya terpaksa menyembunyikan diri di Washington, Amerika Syarikat (AS) selepas menerima ancaman bunuh oleh pihak tertentu.

Mohd Shukri turut mendakwa beliau dan bekas ketuanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berjumpa dengan beberapa menteri Kabinet sebelum ini bagi meyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap Najib.

Rentetan itu, Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB Tan Sri Abu Talib Osman menasihatkan Mohd Shukri , supaya 'berdiam' dan menumpukan siasatan dalam kes 1MDB.

Katanya, ia bagi memastikan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dalam 1MDB tidak terganggu kerana dibimbangi akan menimbulkan prejudis jika Mohd Shukri terus mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Mengulas lanjut berkenaan perkara itu, Isham yang juga merupakan Fellow overseer menjelaskan desakan itu juga berdasarkan isu perlantikan MOHD SHUKRI YANG DIKATAKAN TIDAK DILANTIK MENGIKUT PERUNTUKAN SEBENAR.

"Beliau juga tidak dilantik menerusi Parlimen," katanya lagi.

26/05/2018

KERANA ADIK TIDAK DILANTIK, SANGGUP MENDERHAKA KEPADA RAJA

PENDERHAKA PATUT DIAMBIL TINDAKAN TEGAS
ARAU, 25 Mei ― KELUARGA BESAR JAMALULLAIL PERLIS hari ini mendesak Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis  Datuk Seri Shahidan Kassim menyembah maaf ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail kerana dianggap menderhaka terhadap titah baginda.
Wakil keluarga itu, Syed Zolkifli Syed Abdul Rahman Jamalullail berkata ini ekoran tindakan Shahidan dan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang memboikot Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar di Istana Arau semalam.
“Mereka perlu memohon maaf kerana baginda pasti berasa tersinggung, tidak sedap hati serta menimbulkan ketidaksenangan hati di kalangan semua rakyat Perlis,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Arau di sini, hari ini.
Syed Zolkifli berkata laporan itu juga dibuat ekoran kenyataan Shahidan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam yang menyebut bahawa Tuanku tidak perlu campur tangan dalam pentadbiran, yang sepatutnya tidak diucapkan kepada Tuanku.
Katanya tindakan Shahidan dan semua Adun berkenaan juga melibatkan maruah Tuanku dan seluruh keluarga baginda, justeru mereka harus memohon maaf secara terbuka kepada Raja Perlis dan menghormati institusi Diraja.
Dalam pada itu, ADUN Kuala Perlis daripada PKR, Nor Azam Karap turut membuat laporan polis hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap Shahidan yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Raja Perlis.

25/05/2018

#AKTA RASUAH: BUKA SEMULA (13) KES DAKWAAN RASUAH TUN MAHATHIR

PUTRAJAYAJaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) MEMBUKA SEMULA 13 KES LAPORAN RASUAH yang dibuat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Presidennya, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, antara laporan kes tersebut PERNAH DIBUAT OLEH DATUK SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL yang kini Timbalan Perdana Menteri, Lim Guan Eng yang kini Menteri Kewangan dan DATUK SERI ANWAR IBRAHIM. Beliau berkata, SPRM di bawah KETUA PENGARAH BAHARU PERLU MELAKUKAN SIASATAN SECARA TELUS TANPA MENGIRA APA SAHAJA JAWATAN DAN PANGKAT.

“Jika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang disiasat, SPRM perlu melakukan tindakan yang sama ke atas Mahathir kerana laporan pernah dibuat sebelum ini.


“Jadi JMM mahukan SPRM lebih bebas daripada sebarang pengaruh politik dan tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya selepas selesai menyerahkan dokumen kes salah laku itu di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan yang diedarkan kepada media, Azwanddin menyenaraikan sebanyak 13 perkara yang harus disiasat SPRM antaranya pemilikan hampir 100 keping wang kertas RM500 dan RM1,000, SKANDAL PERWAJA STEEL dan KEKAYAAN LUAR BIASA ANAK MAHATHIR.

Laporan Mahathir MENGGUNAKAN DANAMODAL UNTUK MENUTUP KERUGIAN SYARIKAT KRONI, aset hiliran Esso Malaysia dan salah guna kuasa sebagai PENASIHAT PETRONAS.

Turut tersenarai, skandal Bumiputra Finance, spekulator forex terbesar oleh Bank Negara, kegunaan wang kerajaan untuk melobi, pembelian MAS dengan harga luar jangkaan, siasatan RCI terhadap kerugian RM31.5 bilion Bank Negara serta bailout syarikat perkapalan Konsortium Perkapalan Berhad.

Azwanddin hadir ditemani bekas Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam. – MG

Sumber: KLIK DISINI

24/05/2018

#ISU 1MDB: KONON NYA AKU LAH BENAR DAN TELUS ???

KUALA LUMPUR 23 Mei – Mana-mana pihak yang terlibat dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull DINASIHATKAN UNTUK TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG KENYA­TAAN AWAM sepanjang tempoh siasatan dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, langkah itu amat penting kerana tindakan demikian boleh menimbulkan prejudis terhadap siasatan yang sedang dilaksanakan ketika ini sekiranya sesiapa terus mengeluarkan ke­nyataan berhubung kes itu.
Malah kata beliau, tindakan itu juga bagi memastikan siasatan terhadap isu 1MDB berjalan lancar.

“Lebih banyak kenyataan di­keluarkan mengenai isu 1MDB dikhuatiri BOLEH MENJEJASKAN SIASATAN DAN PROSIDING MAHKAMAH jika ada. Bagi saya, kurangkan bercakap dan lebihkan bekerja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara Ilham di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Mohd. Shukri yang terpaksa meninggalkan Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam ketika mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd., bekas subsidiari 1MDB tiga tahun lalu.

Ketika ditanya sama ada akan berlaku pertindihan tugas antara Jawatankuasa Siasatan 1MDB dan pasukan Petugas Khas 1MDB, Abu Talib berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana pasukan petugas perlu melaporkan kepada jawatankuasa.

“Sebab itu Jawatankuasa Siasatan 1MDB ditugaskan untuk mengkoordinasi dengan agensi-agensi berkaitan bagi mengelakkan sebarang pertindihan tugas berlaku,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

22/05/2018

BUKU "IRIS INSTITUTE" DEDAH YAHUDI BANTU KEBANGKITAN CHINA

BANGI:– “Kita tidak dapat menafikan KEBANGKITAN CHINA PADA ABAD INI DIBANTU OLEH YAHUDI, terutama dalam bukti yang dibawa dari sudut ekonomi.

“Kertas Polisi yang ditulis oleh Dr Shalom Wald mengenai peranan yang akan China mainkan dalam menentukan nasib Yahudi pada abad ini, sangat signifikan dalam kita memerhatikan pola pergerakan dunia, serta perubahan pusat kuasa dunia dari barat ke timur.”

Demikian petikan daripada bab pertama BUKU PENCHINAAN MALAYSIA: Tergadaikah Tanah Kedaulatan Bangsa terbitan IRIS Institute yang dilancarkan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata, apa yang ditulis berkenaan peranan Yahudi dalam kebangkitan China adalah berdasarkan kajian ilmiah yang telah ditulis terlebih dahulu oleh pengkaji lain.

“Saya pasti ramai akan tertarik dengan isi kandungan dalam bab pertama, dan reaksi awal pembaca mesti menyatakan ini adalah teori konspirasi yang biasa dipermainkan.

“Ia adalah satu lontaran untuk kita bincangkan bersama dan saya di sini membuat satu percubaan awal melalui buku kami ini sebenarnya paten kebangkitan mana-mana bangsa di dunia, di sebaliknya ada HARTAWAN-HARTAWAN YAHUDI YANG MENENTUKAN AGENDA.

“Kalaulah mereka ini bukan pembuat polisi sekalipun, agenda tersebut DITETAPKAN OLEH HARTAWAN-HARTAWAN YAHUDI yang kami senaraikan dalam buku tersebut yang kami petik semula daripada kajian-kajian yang telah dilakukan oleh orang lain,” katanya kepada media.

Katanya, jika sebelum ini rakyat Malaysia takut dengan Amerika yang datang membawa agenda Yahudi, sebenarnya kepentingan Yahudi juga ada pada negara China.

Buku setebal 344 muka surat itu kini boleh didapati di pasaran dengan harga RM45.

Ia mengumpulkan senarai projek besar yang dijalankan oleh kerajaan komunis China melalui inisiatif One Belt One Road (OBOR) di seluruh Malaysia yang bernilai lebih RM670 bilion.

Empat bab lain dalam buku ini mengupas persoalan adakah OBOR strategi China untuk menguasai ekonomi, sumber alam dan dunia; adakah diaspora Cina digunakan sebagai alat penjajahan; dan pengaruh OBOR terhadap strategi ketenteraan China.

Sumber: KLIK DISINI

20/05/2018

DIPAKSA MAKAN DAGING BABI SEBAGAI HUKUMAN

XINJIANG: DIPAKSA MAKAN DAGING BABI DAN MINUM ALKOHOL, itu antara hukuman di kem pengasingan untuk TAHANAN MUSLIM DI CHINA.

Dianggarkan sekitar 900,000 hingga satu juta orang Cina Islam telah ditahan di
KEM 'PENDIDIKAN SEMULA' di wilayah Xinjiang dalam usaha Beijing mengekang gerakan pemisah.

Ia bertujuan mengubah pemikiran politik tahanan, MENGHAPUS KEPERCAYAAN TERHADAP ISLAM dan membentuk semula identiti mereka.

Kem sedemikian berkembang pesat sepanjang tahun lalu, dengan hampir
TIADA PROSES KEHAKIMAN atau dokumen undang-undang.

Omir Bekali, 42, seorang Muslim Kazakh ditahan agensi keselamatan China pada 23 Mac tahun lalu ketika memasuki sempadan China dari Kazakhstan untuk menziarah ibu bapanya, dua hari kemudian lima anggota polis bersenjata muncul dan berkata terdapat waran tangkap ke atasnya di Karamay.

Bekali kemudian dibawa ke Pejabat Keselamatan Awam Daerah Baijiantan, Karamay di mana dia ditahan bersama 17 lagi tahanan di dalam sel sempit.

Dengan
KAKI DAN TANGAN DIRANTAI, Bekali disoal siasat mengenai kerjanya dengan agensi pelancongan yang mengundang warga China untuk memohon visa pelancong Kazakh, ia didakwa sebagai satu cara untuk membantu umat Islam China melarikan diri.

Bekali menceritakan kepada AP bagaimana hari demi hari, dia dan tahanan lain DIPAKSA MENOLAK DAN MEMBENCI AGAMA ISLAM dan hukuman keras akan diberi termasuk dipaksa makan daging babi bagi mereka yang enggan tunduk kehendak mereka.

15/05/2018

RAFIZI NAFI MAHU JADI MENTERI KEWANGAN

Naib Presiden PKR RAFIZI RAMLI AKAN MENYAMAN AKHBAR harian berbahasa Cina SIN CHEW kerana MENDAKWA BELIAU MAHU MENJADI MENTERI KEWANGAN.
Rafizi sebelum ini mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantik  Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng sebagai menteri kewangan tanpa berunding dengan PKR.
“Ada laporan Sin Chew yang kata saya bantah kerana saya mahu menjadi menteri kewangan.
“Saya dah nyatakan sejak tahun lalu kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bahawa saya tidak mahu apa-apa jawatan dalam kerajaan.
Laporan Sin Chew itu satu fitnah dan saya akan saman,” tulisnya di Twitter.

14/05/2018

MEREKA NAK TENGOK SAYA MELUTUT, MALUKAN SAYA

WAWANCARA | Pakatan Harapan mengalu-alukan penyertaan Dr Mahathir Mohamad dalam pembangkang walaupun dengan sejarah panjang perseteruan antara pemimpin mereka dengan bekas perdana menteri itu, yang didakwa MENTADBIR SECARA KUKU BESI, menekan para penentang dan melemahkan institusi negara.
Mahathir bagaimanapun tidak pernah secara langsung mengaku pelbagai tuduhan terhadapnya dan seringkali mengalihkan kesalahan misalnya kepada polis untuk Operasi Lalang 1987 yang menyaksikan sejumlah pemimpin pembangkang dan aktivis ditahan bawah ISA.
Begitu juga dengan penahanan dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama kira-kira dua dekad lalu.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini semalam, Mahathir tampak sedikit terganggu ketika ditanya soal ini dan seperti yang dijangka kekal tidak apologetik.
Beliau berkata ANWAR SENDIRI TIDAK MEMINTA PERMOHONAN MAAF daripadanya, maka tiada sebab untuk sesetengah pemimpin masyarakat sivil terus membangkitkannya.
"Keluarganya tidak minta saya (untuk minta maaf). MEREKA NAK LIHAT SAYA MELUTUT...(DAN) MALUKAN SAYA. Itu yang mereka mahu. Tetapi mereka orang luar, bukan keluarga (Anwar)," katanya dalam wawancara di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Ketika Malaysiakini membangkitkan permohonan maaf itu bukan atas apa yang terjadi terhadap Anwar sahaja tetapi insiden lain sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Mahathir berkata: "Tetapi mereka ini bukan ahli politik, tetapi NGO."
"Sebab mereka menjadi NGO adalah agar mereka boleh kritikal terhadap semua perkara. Sertai parti politik dan anda akan tahu ada kekangan tertentu," katanya lagi.
Mutakhir ini beliau ada membuat permohonan maaf  - antaranya berhubung penggunaan istilah keling dan kenyataannya bahawa mereka yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali pada 1985 sebagai "mati katak".
Namun nampaknya itu saja permohonan maaf yang akan datang daripadanya.

Sumber:  KLIK DISINI

13/05/2018

CEO AIR ASIA: MAAFKAN SAYA TUNDUK TEKANAN BN > LALANG DITIUP ANGIN

Ketua Pegawai Eksekutuif (CEO) Kumpulan AirAsia Tony Fernandes meminta maaf kerana penampilannya dalam kempen pengerusi BN ketika PRU14 ketika Datuk Seri Najib Razak menaiki pesawat penerbangan bertemakan manifesto 'Hebatkan Negaraku'.
Fernandes berpendapat langkah itu boleh menyenangkan hati kerajaan, yang memberi tekanan terhadap dirinya serta AirAsia disebabkan langkah syarikat itu menawarkan diskaun tiket penerbangan pada hari pilihan raya 9 Mei dan sokongan terbuka Tan Sri Rafidah Aziz untuk Pakatan Harapan.
Selain manifesto 'Hebatkan Negaraku’, pesawat Air Asia juga tertera logo 'dacing' BN.
"Tanpa berfikir panjang saya berfikir dengan membuat video itu yang saya rasakan agak neutral, berfakta dan pesawat dari Kota Kinabalu itu akan menyenangkan kerajaan serta melindungi para pekerja kami dan yang lebih penting, intipati yang membolehkan lebih daripada 80 juta orang terbang setiap tahun dengan tambang murah.
"Mendapat tekanan hebat, saya terpaksa akur. Ia tidak betul, saya akan sentiasa menyesalinya...Saya memohon maaf sekali lagi kerana menyebabkan kedukaan dan kelukaan ini,"  kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.
Pada 11 Mei lalu, ahli parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) Syed Saddiq Abdul Rahman menyifatkan jutawan tersebut sebagai wira yang tidak didendang.
Beliau berkata Fernandes menerima tekanan kerana tindakan serta keengganannya memecat Tan Sri Rafidah Aziz sebagai pengerusi syarikat berkenaan kerana lantang mengkritik perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
Pemimpin muda BERSATU itu berkata bos AirAsia sebenarnya menerima tekanan untuk berbuat demikian.
Menurut Syed Saddiq, Fernandes antara orang pertama yang membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau "dihukum kerana bercakap benar kepada kekuasaan".
"(Fernandes) sekali lagi menjadi wira ketika AirAsia menawarkan diskaun tiket penerbangan dan menambah penerbangan semasa tempoh pilihan raya.
"Ini memalukan beberapa orang dalam lingkungan Najib. Ia menjadi lebih buruk apabila Parti Warisan Sabah (WARISAN) memuat naik poster mengucapkan terima kasih atas langkah ini kerana ia bermakna lebih ramai penyokong WARISAN dapat terbang kembali ke kampung halaman untuk mengundi.
"Ia tidak berhenti di situ. Beliau enggan memecat Rafidah selepas beliau secara terbuka mengkritik Najib Razak walaupun Tony ditekan untuk berbuat demikian.
"Tindakan itu datang dengan harga dan beliau perlu membayarnya," kata Syed Saddiq.
Sumber: KLIK DISINI

12/05/2018

'RAKSASA API' PEMUSNAH 'SYURGA' TERUS MENGGANAS

PAHOA: Penduduk PULAU ‘SYURGA’ peranginan Hawaii terus cemas apabila Gunung Berapi Kilauea meletus lagi pada Selasa, lantas menghamburkan gas toksik dari dua lohong baharu.

Reuters melaporkan, aktiviti terbaharu bencana raksasa itu memaksa pihak berkuasa dan penyelamat menggiatkan usaha membantu penduduk dari kejiranan kedua di Big Island berpindah ke lokasi lebih selamat.

Agensi Pertahanan Awam Hawaii mengeluarkan notis darurat yang menggesa penduduk Lanipuna Gardens di timur pulau itu
meninggalkan kediaman mereka serta-merta.

“Pemantau Gunung Berapi Hawaii mengesahkan dua lagi lohong baharu yang MENGHAMBURKAN HAWA PANAS DAN GAS BERACUN. Semua perlu berpindah sekarang,” ujar agensi itu yang tidak menolak kemungkinan muntahan lahar akan menyusul.
Sebelum ini, penduduk di Lelani Estates meninggalkan kejiranan itu yang sudah diselubungi sulfur selain terpaksa mencari jalan keluar yang selamat menerusi rangkaian jalan raya yang sudah merekah.

10/05/2018

PAS KEDAH SEDIA BENTUK KERAJAAN CAMPURAN

ALOR SETAR: Pas Kedah tidak menolak KEMUNGKINAN UNTUK BEKERJASAMA DENGAN BARISAN NASIONAL (BN) bagi membentuk kerajaan campuran di Kedah.

Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada arahan daripada kepimpinan Pas Pusat, kata Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi.

"Pada ketika ini, kita akan menunggu arahan semasa daripada Pas Pusat. Apa pun, kita bersedia dalam apa saja posisi di peringkat negeri.

"Kalau jadi pembangkang, pembangkang yang kuat dalam membentuk kerajaan," katanya pada satu sidang media khas di Kompleks Pas Kedah dekat Kota Sarang Semut, pagi ini.

07/05/2018

#PRU14: DAP KELUARKAN RISALAH/RAKAMAN VIDEO FITNAH DAN PERKAUMAN

POLIS sudah membuka kertas siasatan berhubung laporan dibuat oleh Penolong Penerbit UbahTV iaitu laman televisyen rasmi dalam talian DAP, Amran Ahmad, yang mendedahkan DAP mereka puluhan RISALAH DAN RAKAMAN VIDEO MEMFITNAH KERAJAAN dan pemimpin Barisan Nasional (BN), termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang menganggu demokrasi Parlimen.
“Saya mengesahkan menerima laporan dibuat individu terbabit (Amran) dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Amran yang juga bekas pegawai khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendedahkan perkara itu dalam sidang media, semalam.
Menurut Amran, semua bahan PROPAGANDA BERNIAT JAHAT DAN BERUNSURKAN FITNAH itu sudah siap dan akan diedarkan secara berperingkat menjelang hari pengundian 9 Mei ini.
Beliau mendakwa, antara fitnah sedang dan akan terus disebarkan parti pembangkang itu adalah isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), FELDA dan Tabung Haji, selain menyentuh perkauman, menghina agensi kerajaan, ekonomi, tol dan projek kerajaan lain.
Sementara itu, Mazlan berkata, sebanyak 198 permit ceramah dikeluarkan bagi tempoh bermula hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hingga hari ini.
“Sepanjang tempoh itu juga, lima ceramah didapati tidak mendapatkan permit dan disiasat mengikut Seksyen 24B (10) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sepanjang tempoh berkenaan.
“Pada masa sama, kami turut menerima 142 laporan polis dan 25 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan termasuk lima kes membabitkan penganjur tidak mendapatkan permit ceramah, khianat dan lain-lain mengikut Seksyen 298A Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, Seksyen 427 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...